1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Program Pembangunan Minda Insan

Program Pembangunan Minda Insan (PPMI), Program Penjanaan Pendapatan (PPP) dan Program Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK) telah bermula pada tahun 2010. Sehingga November 2011, 3 Pusat Pembangunan Minda Insan telah berjaya diwujudkan iaitu di
1. Kg. Kabog, Kunak, Sabah
2. Kg Pulau Tandoan, Semporna, Sabah
3. Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

Manakala Program Penjanaan Pendapatan (PPP), 2 buah rumah cendawan telah berjaya dibina di Kg Naka, Kedah dan menghasilkan pendapat lebih kurang RM 3,000 sebulan. Sebuah premis pemproses mee kuning (kering) telah berjaya diwujudkan di Kg Bubul, Semporna, Sabah dan mula menjana pendapatan RM 3,000.00 - RM4,000.00 sebulan awal tahun 2012. Di samping itu, pada akhir Disember 2011, 1 premis pemprosesan keropok lekor bakal diwujudkan di Kunak, Sabah.

PPMI buat masa ini bertumpu kepada masyarakat Bajau Laut di Sabah yang amat terpinggir dari arus pembangunan dalam semua aspek. Mereka tidak mempunyai rumah kediaman di darat kerana selesa mendiami perahu-perahu kecil. Masyarakat ini, yang juga dikenali sebagai Palauh, kebanyakannnya tidak mempunyai pegangan agama sejak kelahiran nenek moyang mereka. Mereka adalah golongan yang amat perlu dibela dan dibangunkan secara terancang seperti masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia.

Sehubungan itu HALUAN mengambil inisiatif untuk membantu mereka dalam aspek pembangunan rohani, jasmani dan intelek serta pembangunan agar ekonomi menjadi insan yang berguna kepada negara pada masa depan.