1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Kursus Jatidiri Dan Kesukarelawanan Remaja

jdk-00Terdapat sekitar 450 ribu orang pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM pada tahun 2011. Di kalangan pelajar tersebut ada yang akan mengikuti latihan PLKN dan ada di antara mereka yang bekerja. Sebahagian besar mereka tidak berpeluang untuk mengisi masa cuti secara berfaedah dan memungkinkan mereka terjebak dengan aktiviti gejala sosial yang negatif.

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangun modal insan yang seimbang dan mempunyai jatidiri, maka satu bentuk pengisian dari sudut aqli, jasmani, ruhani dan emosi perlu dirancangkan. Oleh itu Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kolej Teknologi Darul Naim (KTD), Pengkalan Chepa, Kelantan akan melaksanakan Kursus Jatidiri dan Kesukarelawan Remaja. Kursus ini adalah sangat relevan dan mampu menyumbang untuk membantu kerajaan dalam mencapai matlamat tersebut.

Kursus yang menerapkan jatidiri dan kesukarelawan kepada para remaja ini telah berjaya melahirkan ramai individu yang mempunyai nilai kepimpinan dalam diri dan komited untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kebanyakan peserta lepasan kursus ini juga sentiasa cemerlang samada dari segi akademik mahupun keperibadian.

Objektif  

  1. jdk-04Menyediakan program-program yang memberikan penekanan aspek pembentukan jatidiri dan kesukarelawan kepada pelajar lepasan SPM.
  2. Mendedahkan pelajar kepada kemahiran berorganisasi, pengurusan dan komunikasi.
  3. Membina kemahiran pengurusan diri.
  4. Melahirkan individu yang sayang dan sanggup berbakti kepada masyarakat.
  5. Melahirkan kepimpinan pelajar berwibawa dan berketerampilan.

 
Sasaran Peserta  

jdk-03Kursus ini terbuka kepada semua lepasan SPM tahun berkenaan di seluruh negara.

 
Kandungan Kursus  

  1. Modul Anjakan Paradigma
  2. Modul Kemahiran Insan dan Profesional
  3. Modul Kemahiran Kepimpinan Kemasyarakatan
  4. Modul Kemahiran Khidmat Masyarakat
  5. Modul Kemahiran Asas Kewanitaan
  6. Modul Kecergasan Fizikal dan Rekreasi

jdk-05Maklumat lanjut boleh dicapai di sini.

jdk-01