1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer

Ikuti HALUAN di:

FacebookTwitterYoutubeLinkedinFlickr

Asrama HALUAN Penyayang

ahp-001Asrama HALUAN Penyayang (AHP) telah ditubuhkan oleh Biro Kebajikan HALUAN pada bulan Januari 2006. Asrama ini beroperasi di Kompleks Darul Miftah As-Sa’adah di Bukit Naga, Shah Alam yang dibina di atas wakaf bertempoh.

AHP merupakan sebuah pusat aktiviti pendidikan dan penginapan bagi anak-anak yatim dan fakir miskin. Di sini, HALUAN sebagai pihak pengurusan asrama berusaha menyempurnakan segala keperluan asas makan-minum dan tempat tinggal, pendidikan, bimbingan dan motivasi serta latihan agar mereka terbela dan terbina saksiah yang soleh musleh. Penekanan khusus diberikan pembangunan potensi diri dalam aspek fizikal, mental, rohani dan emosi melalui pelbagai program dan aktiviti yang terancang.

Penghuni AHP adalah terdiri pelajar-pelajar lelaki berumur dari 8 tahun ke 17 tahun. Mereka datang dari pelbagai negeri di Malaysia seperti dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Pahang. Pembiayaian operasi AHP adalah bergantung sepenuhnya kepada sumbangan masyarakat prihatin.  

Aktiviti Harian di AHP

Hari Isnin-Jumaat

Waktu Aktiviti
5.30 Pagi Bangun Pagi + Mandi
6.00 Pagi Solat Subuh + Bacaan Zikir Al-Mathurat
7.00 Pagi Sarapan Pagi
7.40 Pagi Bertolak ke Sekolah
4.30 Ptg Pulang dari Sekolah + Minum petang
5.00 Ptg Solat Asar + Riadah
6.20 Ptg Mandi + Makan Malam
7.20 Mlm Solat Maghrib + Halaqah Al-Quran / Mentor Mentee (seminggu sekali)
8.30 Mlm Solat Isyak + Tazkirah
9.00 Mlm Ulangkaji Pelajaran (PREP)
10.45 Mlm Minum Malam
11.00 Mlm Tidur

Hari Sabtu & Ahad

Waktu Sabtu Ahad
5.30 Pagi Bangun pagi + Mandi Bangun Pagi + Mandi
6.00 Pagi Solat Subuh + Bacaan Zikir Al-Mathurat Solat Subuh + Bacaan Zikir Al-Mathurat
7.00 Pagi Pemeriksaan Dorm + Sarapan Pagi Gotong-Royong + Sarapan Pagi
9.00 Pagi Homework + Ulangkaji (PREP)/Program Sekolah Aktiviti bebas/program luar
12.30 Tghari MakanTengahari Makan Tengahari
1.30 Ptg Solat Zohor Solat Zohor
2.30 Ptg KelasTuisyen Homework + Ulangkaji (PREP)
5.00 Ptg Minum Petang + Solat Asar + Riadah Minum ptg +Solat Asar + Riadah
6.20 Ptg Mandi + Makan Malam Mandi + Makan Malam
7.20 Mlm Solat Magrib + Halaqoh Al-Quran Solat Magrib + Halaqah Al-Quran
8.30 Mlm Solat Isyak + Tazkirah Solat Isyak + Tazkirah
9.00 Mlm Malam /Kesenian Ulangkaji (PREP)
10.45 Mlm Minum Malam Minum Malam
11.00 Mlm Tidur Tidur


Aktiviti Berkala di AHP

ahp-002Selain daripada aktiviti harian, beberapa aktiviti bulanan dan tahunan seperti berikut turut dijalankan:
Bulanan :

  • Mesyuarat AJK
  • Qiamulail
  • Puasa Sunat
  • Riadhah
  • Rehlah luar.

Tahunan :

  • Program Motivasi
  • Kem Akademik
  • Lawatan Sambil Belajar
  • Majlis Ilmu
  • Program Bersama Masyarakat
  • Pameran dan Pesta Buku

ahp-003Bagaimana anda boleh membantu AHP?

  1. Tajaan dermasiswa penghuni asrama anak-anak yatim dan miskin  (RM 400.00 sebulan seorang)
  2. Sumbangan wang sumbangan secara tetap bulanan/tahunan.  
  3. Tajaan barangan makanan seperti beras, gula, minyak masak, roti, biskut, bawang, ubi kentang, sos, kicap dan lain-lain.
  4. Sumbangan keperluan pelajar seperti pakaian, alatulis dan barangan kebersihan diri
  5. Sumbangan perabut  atau peralatan seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain yang sesuai.
  6. Sumbangan tenaga/ilmu/kepakaran seperti pengisian kelas tambahan, motivasi, psikologi, teknik belajar, nasyid dan kemahiran seni.

Para dermawan boleh menyumbang terus kepada AHP di alamat:

Asrama Haluan Penyayang (AHP)
Lot 4213, Jalan Klinik, Bukit Naga
Seksyen 32, 40460 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

atau melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad seperti berikut:

Nama Akaun: TABUNG AMANAH ASNAF HALUAN
No Akaun: 12-038-01-007164-2


Hubungi AHP

Asrama Haluan Penyayang (AHP) mengalu-alukan pandangan, cadangan, nasihat, pertanyaan dan juga sumbangan.
Anda boleh menghubungi kami di alamat AHP atau berhubung terus dengan petugas-petugas seperti berikut:

Azhar Idris - Ketua Biro Kebajikan HALUAN (Tel : 012 601 2743)
Abdul Halim Khudri – Penyelaras Pusat Jagaan HALUAN (Tel : 019 464 4357)
Wan Muhammad Rafi – Pengurus AHP (Tel : 013 6714 502)
Abdul Manas – Mudir AHP (Tel : 019 308 4476)

Maksud Surah Al-Maun Ayat 1-3 :  ”Tahukah kamu orang yang mendustakan Agama? Maka itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak mendorong memberi makan kepada orang miskin ...”

Semoga segala keprihatinan dan sumbangan  kita semua untuk membela golongan anak yatim dan fakir miskin akan diterima oleh allah swt sebagai amal soleh yang bermanafaat di akhirat nanti, amin.