UiTM Puncak Alam Prihatin Masalah Palestin

E-mail Print PDF

Di tengah kesibukan berkuliah dan membaca buku, sikap keterbukaan minda di kalangan pelajar Fakulti Sains Kesihatan UiTM kampus cawangan Puncak Alam harus diberikan pujian.

Selama lima hari berturut-turut mulai 25hb Januari, 2010, persatuan pelajarnya menganjurkan Minggu Kesedaran Palestin yang diisikan dengan pameran perihal Palestin, kutipan derma untuk tabung Palestin di dalam dan luar kampus, pertandingan, serta ceramah perdana bertajuk ”Berpijak di Bumi Gaza” oleh Haji Noorazman Mohd Shamsuddin, Pengerusi Biro HALUAN Palestin yang baru pulang dari Gaza.

Para hadirin di majlis ituPenolong Naib Canselor UiTM, Prof. Dr Azni Zain Ahmad dalam ucapan perasmiannya melahirkan rasa terharu dan syukur beliau dengan keupayaan persatuan pelajar fakulti itu menggarapi isu-isu yang lebih global seperti isu Palestin serta membangkitkan kesedaran masyarakat kampus mengenai nasib yang menimpa umat Islam di tempat lain. Katanya di dalam bertugas sekian lama di UiTM, inilah kali pertama pengalaman beliau merasmikan majlis sebegitu rupa oleh pelajar sendiri yang membawa erti yang tinggi kepada nilaian sesebuah persatuan mahasiswa, lalu mengucapkan syabas kepada Dekan, ahli fakulti dan para pelajar terbabit.

Di upacara pada pagi Khamis 28 Januari itu, Dr Azni telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada warga kampus serta masjid dan surau-surau berdekatan bernilai lebih daripada RM5,000 kepada Tabung Palestin HALUAN. Cek telah diterima oleh Haji Noorazman sendiri bagi pihak Biro HALUAN Palestin.

Majlis sumbangan cek kepada Tabung Palestin HALUANSemasa ucapan balas beliau, Haji Noorazman yang juga seorang sarjana di bidang Kejuruteraan Perubatan telah melahirkan rasa kagum dengan keprihatinan warga kampus UiTM Puncak Alam terutamanya pada Fakulti Sains Kesihatan. Beliau menggesa agar mereka terus memperkatakan perihal Palestin yang ditindas dan dizalimi itu sehinggalah bumi itu bebas daripada cengkaman zionis Yahudi Israel. Pada sebelah malamnya, beliau telah menyampaikan ceramah khasnya bertajuk ”Berpijak di Bumi Gaza” di mana lebih 400 pelajar dan staf kampus menghadirinya.

Last Updated ( Monday, 01 February 2010 14:40 )  

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007