Terma Penggunaan Laman Web HALUAN

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera,

Kami mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung dan pengguna Laman Web HALUAN (selepas ini dirujuk sebagai “LWH”). Semoga kedatangan anda ke LWH memberikan lembaran baru dalam hidup anda dengan maklumat dan bacaan-bacaan yang bermanfaat.

Kami ingin menjadikan LWH sebagai satu bentuk khidmat HALUAN untuk menyampaikan maklumat dan berinteraksi secara terbuka berkaitan perkembangan mutakhir, isu-isu moral dan kemanusiaan, juga isu-isu lain yang menyentuh masyarakat. LWH juga akan menjadi medan menjalinkan persaudaraan dan nasihat-menasihati sesama kita.

Penggunaan dan lawatan anda ke LWH adalah perlu mengikut garis panduan dan etikanya, antara lain sebagaimana yang digariskan di bawah:

  

Kandungan Artikel

  • Untuk memastikan bahawa kandungan artikel LWH bersih dari sebarang unsur negatif, Pengguna dinasihatkan tidak sama sekali memasukkan artikel-artikel berunsur fitnah, hasutan, propaganda ancaman, artikel lucah, artikel yang berbentuk peribadi dan juga bertujuan memalukan mana-mana individu atau pertubuhan juga artikel yang boleh mencetuskan sebarang huru-hara,
  • Artikel yang melanggar undang-undang termasuk undang-undang persekutuan atau tempatan, yang tidak selari dengan perlembagaan dan artikel yang menyebabkan timbul liabiliti sivil dan jenayah juga dilarang,
  • Pengguna tidak dibenarkan memasukkan artikel dan bahan-bahan yang dilindungi oleh hakcipta dan harta intelek melainkan dengan kebenaran pemilik hakcipta dan harta intelek tersebut, dan
  • Sebarang bentuk iklan perniagaan, iklan dari mana-mana individu atau pertubuhan, surat berantai dan skim piramid juga tidak dibenarkan. 

  

Penolakan Waranti dan Liabiliti

Kandungan Laman Web ini adalah berdasarkan ‘as-is basis’ tanpa waranti dan liabiliti di pihak LWH. LWH adalah tidak bertanggungjawab dan/atau menolak sebarang waranti dan liabiliti terhadap perkara-perkara berikut:

  • ketepatan, kesahihan dan ketidaksesuaian informasi dan/atau fakta yag dikemukakan,
    kandungan yang bersih dari sebarang gangguan, bebas dari sebarang kesilapan dan/atau sekiranya terdapat kesilapan, maka kesilapan tersebut akan diperbaiki,
  • kehilangan dan/atau kerosakan samada secara langsung atau sebaliknya yang timbul dari penggunaan Laman Web ini termasuklah tetapi tidak terbatas setakat kehilangan dan/atau kerosakan yang disebabkan oleh kepercayaan kepada fakta yang terkandung,
  • laman web dan pelayan (server) yang bebas dari sebarang virus atau elemen-elemen lain yang merosakkan, dan
  • kesan tindakan pengguna yang bertindak hasil maklumat dari LWH.

  

Penamatan Penggunaan

LWH mempunyai hak eksklusif untuk menamatkan mana-mana penggunaan yang pada pandangannya bercanggah dengan Garis Panduan dan Etika Penggunaan LWH sebagaimana klausa di atas dan/atau tidak mematuhi perjanjian ini dan/atau dalam budi bicara LWH ádalah tidak dapat diterima kerana bertentangan dengan etika Islam.

LWH juga berhak untuk memutuskan dan menamatkan servis yang kami sediakan tanpa sebarang notis berdasarkan budi-bicara kami.

  

Akujanji Indemniti Oleh Pengguna

Pengguna mengakujanji akan  menjamin dan mempertahankan LWH dari sebarang tuntutan, kerugian, kos dan perbelanjaan, kerosakan dan/atau kecederaan yang timbul berikutan penggunaan LWH dan/atau hasil tindakan Pengguna yang melanggar undang-undang atau ketidakpatuhan terhadap Garis Panduan dan Etika Penggunaan LWH.

Pengguna juga mengakujanji akan  menjamin dan mempertahankan LWH dari segala tindakan yang diambil oleh pihak ketiga yang bertindak dan/atau gagal bertindak mengikut maklumat yang diberikan oleh LWH yang menyebabkan berlaku sebarang kerugian, kerosakan, kecederaan dan sebagainya.

  

Pindaan Garis Panduan dan Etika Penggunaan LWH

LWH berhak untuk meminda sebarang syarat-syarat dan terma-terma yang terdapat di dalam Garis Panduan dan Etika Penggunaan ini dan Pngguna perlu mematuhi pindaan tersebut, sekiranya ada.

  

Undang-undang Terpakai

Garis Panduan dan Etika Penggunaan LWH ini ádalah tertakluk kepada Undang-undang Malaysia.

  

Capaian Luar

LWH turut menyediakan capaian kepada laman-web-laman web luar dan/atau maklumat lain yang terdapat dalam internet. Walaubagaimanapun, LWH tidak bertanggungjawab dalam sebarang keadaan terhadap isi kandungan yang terdapat di dalam laman web luar tersebut.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007