Sosial & Kemasyarakatan

Perubahan Sosial Dan Kesopanan Masyarakat

E-mail Print PDF

Kota raya Kuala Lumpur diletakkan pada kedudukan ke 33 daripada 35 buah kota raya terpilih di seluruh dunia dalam kajian mengenai keramahan dan kemesraan. Reader’s Digest telah menghantar wartawannya untuk melihat sendiri bagaimana masyarakat di bandar raya berkenaan bertindak balas terhadap tiga kriteria : Sanggup membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali, membantu seseorang yang memerlukan dan ramah dengan senyuman ketika memberi perkhidmatan.

Daripada senarai yang dikeluarkan, bandar raya New York, Amerika Syarikat berada pada kedudukan teratas dengan 88 peratus. Ed Koch, bekas datuk bandar berkata penduduk New York kini lebih prihatin dan bersikap penyayang selepas kejadian 11/9 kerana menyedari betapa singkatnya kehidupan.

Read more...
 

Pembangunan Sosial Dalam RMK-9 : Analisis Awal

E-mail Print PDF

Pembangunan ekonomi Malaysia sedang berada pada landasan yang kukuh bagi memasuki fasa awal 15 tahun ke arah Wawasan 2020. Kesungguhan kerajaan melaksanakan Misi Nasional dalam RMK-9 dapat dilihat berdasarkan lima teras utama iaitu:

  • Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
  • Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk “minda kelas pertama”.
  • Menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.
  • Menangani tahap dan kemapanan kualiti hidup.
  • Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
Read more...
 

Pembangunan modal insan ke arah peningkatan kualiti yang bersepadu

E-mail Print PDF

"Kejayaan yang diperolehi pada masa kini adalah daripada kesungguhan, kerajinan dan kegigihan kita terhadap visi dan visi HALUAN," tegas Presiden HALUAN, ketika berucap di Seminar dan Mesyuarat Perwakilan Tahunan (MPT) HALUAN 2007 baru-baru ini. Dalam ucapan berkenaan, beliau mengulangi bahawa kita boleh merancang pelbagai program untuk ahli dan masyarakat tetapi tanpa sokongan dan kerjasama semua ahli HALUAN, ia tidak mungkin dapat dilaksanakan. Kita sekarang bukannya berada dalam era yang sama dengan 70-an, 80-an atau 90-an, malah realiti semasa adalah berbeza sama sekali. Kita harus membina jiwa dan semangat yang lebih kental, berani dan bersedia menghadapi cabaran yang datang dan tiba-tiba muncul dari pelbagai arah.

Read more...
 

Merealisasikan Penghijrahan Minda dan Tindakan

E-mail Print PDF

Melangkah ke tahun 1428 Hijrah adalah satu rahmat kerana Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan bagi menegakkan syiar Islam. Pengisian yang paling penting ialah kita menilai pencapaian setahun yang lalu dan merancang strategi terbaik bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, sumbangan kepada kejayaan Islam dan negara, pembangunan ilmu dan kemahiran diri seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang hidup dalam negara ini. Tentulah penilaian ini amat berkait dengan perubahan diri kita sendiri.

Perubahan sentiasa berlaku. Umat yang berjaya dan cemerlang ialah umat yang mampu menghadapi perubahan, menyerap dan menguasai cabaran-cabaran berkenaan dengan seribu cara dan seribu daya. Kesungguhan dan keazaman untuk menguasai perubahan akan memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada orang yang telah mengecapinya.

Read more...
 

Pengurusan Bencana Alam dan Kesannya Kepada Pembangunan Sosial

E-mail Print PDF

Masyarakat tidak sepatutnya terlalu alpa dengan keamanan dan kestabilan negara. Bencana tsunami yang melanda kawasan Lautan Hindi pada 26 Disember 2004 telah memberi pelbagai pengajaran dan pengalaman pahit kepada negara-negara yang terlibat. Seluruh dunia amat terkejut dengan kesan ombak maut ini yang bukan sahaja telah mengakibatkan banyak kematian tetapi juga memusnahkan bandar, pekan dan kampung serta mempunyai implikasi sosial yang begitu dahsyat terhadap mangsa, keluarga, masyarakat dan negara. Dilaporkan lebih 250,000 orang telah terkorban, ribuan lagi masih hilang dan ramai yang cedera serta tersentak dengan kepiluan dan kesedihan. Dianggarkan lebih lima juta orang telah kehilangan tempat tinggal dan rumah kediaman di Indodonesia, Sri Lanka, India, Thailand, Malaysia, Filipina dan negara-negara kecil di Lautan Hindi. Kesan daripadanya ialah kelaparan dan penyakit berjangkit telah mula menular di kawasan-kawasan yang dilanda malapetaka tersebut.

Read more...
 
Page 4 of 5

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007