Sosial & Kemasyarakatan

Song for Gaza, semakin mendapat sambutan di YouTube

E-mail Print PDF

Ketika kesengsaraan rakyat Palestin memuncak, Michael Heart tidak dapat menahan sayu dan sebak apabila melihat tentera Israel mengebom dan membunuh kanak-kanak dan wanita. Rejim Yahudi menggelar peperangan ke atas Gaza sebagai ‘Operation Cast Lead’ yang telah membunuh lebih 1,300 orang, kebanyakannya adalah golongan yang lemah dan tidak berupaya, termasuk memusnahkan rumah dan masjid.

Dalam laman sesawangnya, Heart mengajak mereka yang mendengar lagu ‘We will not go down’ untuk menderma kepada rakyat Palestin. Jerusalem Post, sebuah akhbar utama di Israel berkata Heart tidak pernah menerbitkan sebarang lagu yang pro-Palestin sebelum ini, namun lagunya kini menjadi pilihan di YouTube apabila menarik lebih setengah juta penonton dalam masa seminggu, di samping disiarkan di beberapa laman sesawang sebagai lagu nasyid. Lagu itu juga menjadi tema dalam penganjuran bantahan ke atas Israel oleh persatuan pelajar University of North Carolina, Amerika Syarikat.

Read more...
 

Serangan ke atas Gaza dari perspektif Yahudi-Zionis

E-mail Print PDF

Salah seorang pemimpin Yahudi yang terlibat dalam proses menyerang Gaza ialah Livni atau nama penuhnya Tzipora Malka ‘Tzipi’ Livni iaitu Menteri Luar Israel yang dikatakan bakal menjadi perdana menteri negara Yahudi itu selepas pilihan raya umum Februari depan. Usianya sudah separuh abad, merupakan anak kepada pendatang Yahudi dari Poland.

Beliau pernah bekerja dengan agensi perisikan Israel, Mossad selama dua tahun pada 1980-an dan berpengalaman dalam bidang ketenteraan kerana pernah menjawat pangkat leftenan ketika bersama Israel Defence Force (IDF).

Read more...
 

Pendidikan Islam Sebagai Pemangkin Pembentukan Peribadi Pelajar

E-mail Print PDF

Oleh Zahir Zainudin.

Pengenalan
Pendidikan adalah lambang masyarakat yang bertamadun. Beberapa tamadun dunia yang muncul dan hilang meletakkan pendidikan di tempat teratas bersama industri perdagangan, ketenteraan dan pengangkutan. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan (2001-2010), kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah RM87,522.00 juta khusus untuk perbelanjaan dan peruntukan pembangunan bagi pendidikan dan latihan.

Read more...
 

Bebaskan Wanita Islam

E-mail Print PDF

Menurut apa yang hebat diperkatakan oleh media barat dan sekutunya, Islam tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan buat wanita kecuali penindasan, perhambaan dan kehidupan yang menyedihkan. Walaubagaimanpun jika mereka menghalusi ajaran Islam, mereka akan sedar bahawa Islam menawarkan banyak kebaikan untuk lelaki dan juga wanita.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat wanita Muslim yang ditindas dan didera di negara tertentu, mereka dinafikan hak yang dianugerahkan oleh Islam kepada mereka, hak mereka sebagai manusia dan wanita.  Akan tetapi kita harus mengasingkan ajaran Islam yang indah dan lengkap dengan penganutnya, kita harus memisahkan yang teori dan praktikal. Dalam Islam pengasingan ini dibenarkan-kerana Syariat Islam telah memberikan wanita kedudukan yang tinggi, walaupun terdapat penganut Islam yang tidak mempraktikkannya.

Read more...
 

Mengumpul Wang Untuk Bersara

E-mail Print PDF

Oleh: Zahir Zainudin **

Hanya lima peratus rakyat Malaysia bersedia untuk persaraan. Biarpun ada yang sedar mengenai kepentingan menyimpan wang untuk bersara, kebanyakannya tidak merealisasikan rancangan mereka sebagai tindakan. Ketika umur 20-an, mereka beranggapan ianya terlalu muda untuk menyimpan wang, meningkat 30-an, merasakan akan mula menyimpan, umur 40-an, mereka yakin akan dapat menyimpan dan umur 50-an, mereka terkejut kerana tidak dapat menyimpan. Itulah senario masyarakat yang rata-ratanya belum mempunyai simpanan yang banyak untuk menghadapi hari persaraan mereka.

Read more...
 
Page 3 of 5

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007