25 Ogos 2010, Pasir Gudang – Pelajar-pelajar sesi petang Sekolah Menengah Pasir Gudang tidak mahu ketinggalan mendengar perkongsian pengalaman dan seterusnya mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku ke atas konvoi flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza pada akhir bulan Mei lalu. Memandangkan rakan-rakan mereka daripada sesi sebelah pagi telah dapat mendengar kisah serangan ngeri komando Israel ke atas aktivis kemanusiaan itu daripada seorang aktivis yang telah melalui sendiri pengalaman tragedi serangan dan tahanan oleh rejim Zionis itu, kini Sekolah Menengah Pasir Gudang menjemput sekali lagi Dr Mohd Arba’ai Shawal daripada HALUAN Johor untuk manfaat pelajar-pelajar sesi petang.
Dr Mohd Arba’ai adalah merupakan seorang doktor perubatan yang telah bersama-sama dengan lebih 600 orang aktivis kemanusiaan antarabangsa yang lain berada di atas kapal Mavi Marmara. Berceramah di hadapan lebih 400 orang pelajar dan guru-guru, beliau memulakan perkongsian dengan penerangan mengenai HALUAN dan pelbagai aktiviti-aktiviti kemanusiaan yang dijalankan melalui tayangan klip video “HALUAN - berakhlak,mendidik dan berbakti”.
Dr Mohd Arba’ai seterusnya mengambil kesempatan untuk menjelaskan hakikat sebenar permasalahan Palestin. Menurut beliau, permasalahan Palestin bukanlah satu permasalahan yang terbatas hanya kepada rakyat Palestin atau bangsa Arab sahaja, bahkan ianya adalah permasalahan kepada seluruh manusia sejagat yang cintakan kedamaian dan keadilan. Seluruh umat Islam memikul tanggungjawab khusus terhadap permasalahan ini, di mana Saidina Umar Al-Khattab penah menegaskan bahawa Palestin adalah tanah wakaf kepada seluruh umat Islam hingga ke akhir zaman.
Berkenaan misi pelayaran mereka ke Gaza, Dr Mohd Arba’ai menjelaskan bahawa flotila berdarah yang diketuai kapal Mavi Marmara bukan sekadar untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, tetapi yang lebih penting dari itu adalah untuk membebaskan penduduk Gaza daripada kepungan atau embargo zalim regim pengganas Zionis Israel.
Bangsa Yahudi yang berfahaman zionisme ini adalah satu bangsa yang berpegang kepada ajaran kitab Talmud yang telah diubahsuai oleh pemimpin-pemimpin agama mereka. Talmud adalah kitab yang sentiasa menjadi rujukan dan inspirasi hidup mereka, malahan sentiasa dibawa dan dibaca di mana-mana mereka berada hatta di medan perang sekalipun. Membunuh bangsa selain Yahudi adalah satu kemuliaan bagi mereka.

“Umat Islam sekiranya ingin maju hidup di dunia dam mulia di akhirat sewajarnya menjadikan kitab Al-Quran sebagai inspirasi hidup mereka dengan sering membaca dan mengambil iltibar daripadanya,” seru Dr Mohd Arba’ai. Tidak seperti kitab-kitab yang dianuti oleh kaum Yahudi, Al-Quran adalah kitab yang dipelihara keasliannya oleh Allah SWT.
Warga Palestin pada hari ini sangat daif sekali sehingga terpaksa memakan rebusan rumput untuk hidup meneruskan kehidupan. Lebih 80% daripada mereka bergantung kepada bantuan luar untuk menyambung nyawa mereka, dan lebih 100,000 orang masih tinggal di khemah-khemah sementara sejak perang 2008.
Dr Mohd Arba’ai seterusnya mengingatkan para pelajar supaya bersyukur dengan apa yang telah mereka kecapi di Malaysia dan tidak menyia-nyiakan erti kemerdekaan yang akan disambut tidak berapa lama lagi.
Dr Mohd Arba’ai mengakhiri perkongsian pengalaman beliau dengan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua dan guru-guru yang telah sudi menjemput beliau sebagai wakil HALUAN untuk berkongsi pengalaman.










