Seminar Pendidikan HALUAN Kedah ke Arah Melahirkan Umat Yang Berkualiti

E-mail Print PDF

altALOR STAR, 17 Januari - HALUAN Kedah dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Insan Wilayah Utara Berhad (KOINSAN) telah berjaya mengadakan Seminar Pendidikan HALUAN pada 17 Januari 2010 di Dewan Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Alhamdulillah seramai 135 orang peserta hadir dalam seminar tersebut yang telah dirasmikan oleh Presiden HALUAN Malaysia, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman.

alt
 
Sebelum itu, ucapan aluan telah disampaikan oleh YDP HALUAN Kedah, Saudara Suhami Ahmad Yusof merangkap Pengarah Seminar. Dalam ucapannya, beliau amat bersyukur kehadrat Allah swt. kerana HALUAN Kedah berjaya memulakan tahun 2010 dengan mengadakan program seminar pendidikan bagi memantapkan lagi halatuju pendidikan anak-anak, remaja dan masyarakat masakini.
 
Seminar separuh hari ini padat diisi dengan 2 pembentangan kertas kerja dan forum pendidikan. Kertas kerja pertama disampaikan oleh Presiden HALUAN, Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin yang membincangkan peripenting kita membina sebuah institusi pendidikan yang menjadikan iman dan takwa sebagai teras pelaksanaannya. Beliau turut mengupas permasalahan dan kelemahan umat Islam dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, kekeluargaan, sosial dan kemasyarakatan. Kelemahan utama adalah berpunca dari pendidikan yang berjalan tidak mampu menyelesaikan permasalahan umat manusia.
 
Kertas Kerja kedua membicarakan tajuk Rahsia Kecemerlangan Pendidikan Generasi Awal. Melalui kertas kerja ini, peserta telah dapat menghayati sejarah kecemerlangan dan kehebatan para sahabat dalam membina ketamadunan Umat hasil melalui pendidikan iman dari madrasah Rasulullah saw. Natijah pendidikan tersebut masih boleh kita rasai dan mengambil manfaatnya sehingga hari ini, namun malangnya, umat Islam sendiri yang meninggalkan rahsia dan kunci penyelesaian tersebut dalam melahirkan umat yang bermaruah dan berkualiti.
 
alt
 
Seminar telah diakhiri dengan sesi Forum yang membicarakan tajuk Pendidikan Cemerlang : Kualiti atau Kuantiti. Forum dipengerusikan oleh Tn Haji Abd Wahab bin Ahmad. Ahli panel terdiri daripada Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, Presiden HALUAN Malaysia dan Prof. Madya Dr. Asmawati Desa, pakar Psikologi dari UKM yang juga merupakan Naib Pengerusi HALUANITA Malaysia.  
 
Majlis berakhir dengan solat Zuhor dan makan tengahari. Semoga seminar ini dapat memberi manfaar kepada para peserta yang hadir.
 

Tahukah Anda?

Gempabumi terbesar pernah direkodkan telah berlaku di Timur Mediterranean, pada bulan Julai 1201. Lebih sejuta orang terbunuh, kebanyakannya dari Mesir dan Syria.

Anda Ingin Menyumbang?

Anda Ingin Menyumbang?  Aktiviti dan program HALUAN bergantung kepada pelbagai bentuk sumbangan dan sukarelawan. Anda boleh turut membantu!


Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007