Pada semester ini, saya mengambil pelajaran Madkhal Ila Dakwah dengan seorang pensyarah yang sangat-sangat hebat bernama ‘Adnan Khutotobeh. Dia sentiasa tersenyum, kemas, dan sangat luas ilmunya.
Di dalam salah satu kelasnya, dia bercerita berkenaan keluasan medan amal di dalam menyampaikan kebaikan kepada manusia, di dalam mengajak manusia kepada Allah SWT.



Dah balik dari kampung? Saya tak tahu Malaysia cuti raya haji sampai bila. Jordan, cuti akan berlangsung sehingga 30 November 2009. 1 Disember, bermulalah semula musim pengajian semester satu.
Maksiat lawannya taat. Kedua-duanya, hanya Allah swt yang tahu. Maksiat ada kesannya, taat pun ada kesannya tersendiri. Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi seorang Mukmin, manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang engkar. Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat. Seorang Mukmin sentiasa berhati-hati dalam kehidupan hariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan.
Dari Australia ke Malaysia hinggalah ke UK dan Jordan, ramainya mereka yang saya kenali menghadapi peperiksaan. Saya doakan agar semua yang menghadapi apa jua peperiksaan akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t.
Bayt al Hikmat, sebuah pusat keilmuan, adalah antara kunci kepada pembangunan sains hari ini. Pusat tersebut dibangunkan oleh Harun Al-Rashid di Baghdad, pada tahun 830 A.D.







