Pusat Jagaan Rumah Ihsan HALUAN Perak (PJRIH) terletak di No. 102, Jalan Raja Musa Mahadi, Desa Perwira, 31350 Ipoh, Perak. PJRIH berterima kasih kepada seorang hamba Allah yang telah sudi mewakafkan rumah tersebut untuk tujuan yang murni ini. Semoga Allah memberkati sumbangan beliau dan menerimanya sebagai amal yang soleh.
Sejak dari penubuhan pusat tersebut pada awal tahun 2005, sukarelawan dari kalangan HALUANITA Perak telah mengendalikan pelbagai kes permasalahan yang dihadapi oleh para wanita dan remaja. Mereka silih berganti menetap sementara di PJRIH bagi mendapatkan perlindungan dan khidmat kaunseling.
Perkembangan Terkini
Terkini di RIH, terdapat seramai 9 orang wanita dan remaja menghuni di asramah RIH bagi mendapatkan pembelaan dan bimbingan nasihat. Antara kes yang dihadapi adalah seperti masalah daripada penderaan.
RIH HALUAN Perak telah dirujuk untuk menguruskan 1 kes baru iaitu berkaitan 4 orang anak orang orang asli yang ibunya mengidap penyakit kanser yang kritikal. Mereka juga sudah tiada ayah untuk dijadikan tempat bergantung. Kes ini kini di dalam perhatian PJRIH.
Ingin Turut Membantu?
PJRIH masih lagi berusaha untuk mengumpulkan dana bagi pembinaan dapur, dewan makan dan pejabat serta kos mengecat rumah. HALUAN menyeru orang ramai khususnya di Perak untuk turut serta mendidik dan berbakti bersama PJRIH. Sumbangan wang ringgit amat diperlukan. Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke:
Lokasi PJRIH
Pusat Jagaan Rumah Ihsan HALUAN (IP0270423-M)
No. 102, Jalan Raja Musa Mahadi,
Desa Perwira,
31350 Ipoh, Perak.
Tel: 05-3111750
Akaun PJRIH
Rumah Ihsan HALUAN
No Akaun: 220201252378
Nama Bank:Bank Rakyat
PJRIH juga mempelawa para guru / kaunselor / ustazah dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi sukarelawan PJRIH dengan menghubungi Puan Faridah Hanim Bt Abdul Rahman, Setiausaha Rumah Ihsan HALUAN Perak di talian 016-5491582. Antara bentuk sumbangan yang diperlukan dari sukarelawan adalah:
- Kelas Bimbingan Al Quran & Fardhu Ain,
- Kelas Bimbingan Kemahiran,
- Penyeliaan aktiviti penghuni asrama, dan
- Kaunseling.










