Relawan HALUAN Palestin Selamat Pulang Dari Kem Pelarian

E-mail Print PDF

17 November 2009, KLIA - Pasukan relawan HALUAN Palestin pertama yang menziarahi kem-kem pelarian Palestin di Syria selama seminggu telah selamat pulang ke tanahair dengan membawa seribu pengalaman dan kenangan.

Menurut Encik Abdul Halim Kudri yang merupakan timbalan ketua Misi, mereka sempat melawat serta merawat pesakit di beberapa buah kem-kem pelarian, termasuklah di Dar’aa, Tanf dan Hassakeh. Di sana, pasukan HALUAN Palestin sempat memberikan hadiah berbentuk pakaian dalam dan lain-lain keperluan asas untuk mangsa, terutamanya untuk kaum wanita dan kanak-kanak.

Dr Kursiah (kiri) bersama Naib Pengerusi HALUANITA Puan Salmah YonoDi kem Tanf dan Hassakeh, perawat Dr Kursiah Razali dan Dr Ahmad Zabidin Zakaria sempat melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas mereka yang sakit. Kem Tanf terletak di kawasan gurun di antara Iraq dan Syria, dan dikategorikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai salah sebuah daripada lima kem pelarian mangsa perang yang terburuk di dunia.

Dar’aa pula terletak berhampiran sempadan Jordan manakala Hassakeh lebih hampir ke sempadan Turki.

“Pengalaman ini sungguh menginsafkan buat kami. Selama ini kami hanya mendengar dan menonton keadaan hidup pelarian Palestin yang terpinggir dari negara mereka sendiri. Bila datang ke sana, barulah kami sedar betapa perlunya kita umat Islam tidak kira bangsa atau negara untuk membantu mereka dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kita kena kembalikan hak mereka, bumi Palestin, kepada tangan mereka sendiri,” kata Encik Abdul Halim semasa ditemubual di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur sejurus selepas mendarat.

Last Updated ( Wednesday, 18 November 2009 11:56 )  

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007