Rakan Masjid Pusat Islam USM Anjur Wacana Pengalamanku Menjejaki Bumi Gaza

E-mail Print PDF

altP.Pinang - Rakan Masjid Pusat Islam Universiti Sains Malaysia P.Pinang dengan kerjasama HALUAN P.Pinang telah berjaya mengadakan Wacana Ilmiah Semasa (WISE) Siri ke 10 yang bertajuk Pengalamanku Menjejaki Bumi Gaza bersama Viva Palestina yang telah disampaikan oleh Tn Hj Noorazman Mohd Samsudin, Pengerusi HALUANPalestin. Program telah diadakan di Dewan Kuliah G31, Bangunan Pusat Pengajian Sains Matematik, Universiti Sains Malaysia pada 9 Feb yang lalu.

 alt  alt

Alhamdulillah dianggarkan sekitar 250 orang hadir dalam wacana tersebut. Wacana dimulakan dengan ucapan aluan  dari Pengarah Program Wise, Ustaz Al-Hami Husain bin Suhaimi, Timb. Yang Di Pertua HALUAN P.Pinang yang mengingatkan hadirin akan hadis Rasulullah saw., barangsiapa yang tidak ambil peduli tentang urusan umat Islam, maka dia bukan daripada mereka (umat Islam).

Ceramah yang menarik dengan perkongsian koleksi gambar oleh Tn. Hj Norazman Mohd Samsudin ketika berada di Gaza telah menggamit perhatian para hadirin yang hadir. Beliau bersama rombongan Viva Palestina telah berjaya memasuki Gaza setelah menempuh rintangan dan sekatan dari kerajaan Mesir dan Israel. Berada selama 2 hari di Gaza telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Tn Hj Noorazman Samsudin dengan meninjau sendiri suasana Gaza dan beramah mesra dengan penduduk Gaza.

alt  alt

Alhamdulillah pada malam tersebut sejumlah RM4,003.75 dikutip seusai ceramah tersebut. Majlis diakhiri dengan penyampaikan cenderamata oleh Ustaz Zayd bin Zahari, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam wakil Pusat Islam USM kepada Tn Hj Noorazman Mohd Samsudin.

Pada malam program tersebut juga diadakan mini pameran berkenaan Sejarah Bumi Palestin untuk mengingatkan kembali masyarakat tentang sejarah panjang yang masih berlarutan dan dipenuhi kezaliman dan penindasan yang  tidak berperikemanusiaan yang melanda umat Islam di bumi Palestin oleh Zionis Israel.
 

alt

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007