Dalam usaha untuk terus berbakti dan mendidik kepada masyarakat, terutama golongan yang kurang bernasib baik, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), telah menubuhkan Asrama HALUAN Penyayang di Shah Alam, Selangor.
Bangunan waqaf yang menempatkan anak-nak yatim dan pelajar miskin itu terletak di Kampung Bukit Naga, Shah Alam dan ia merupakan projek perintis HALUAN menerusi Biro Penubuhan Pusat Jagaan yang dilancarkan pada bulan Disember 2005. InsyaAllah, HALUAN akan menambah bilangan penghuni asrama dari masa ke semasa.



Gabungan anak-anak Asnaf Malaysia (ANAS) merupakan gabungan beberapa buah institusi asrama anak yatim. ANAS memberi tumpuan khas kepada projek-projek pembangunan pendidikan secara terancang untuk penghuni asrama tersebut.
Sebelum tahun 1948, terdapat 475 bandar dan perkampungan dimiliki dan diduduki bangsa Palestin. Kini, 385 daripadanya telah "dihilangkan" oleh rejim haram Israel, sudah tidak wujud lagi.







