Program korban HALUAN Kelantan eratkan hubungan dengan masyarakat

E-mail Print PDF

HALUAN Kelantan telah mengadakan program korban sempena perayaan Aidil Adha pada tahun ini di dua lokasi berasingan di Kota Bharu dan di Pengkalan Chepa. Program korban ini memberi peluang kepada ahli-ahli HALUAN untuk mengeratkan hubungan sesama mereka, keluarga dan juga masyarakat.

YDP HALUAN Kelantan menyembelih lembu di Kg. PendekPada Hari Raya Korban ke-2, sebanyak empat ekor lembu telah dikorbankan di Kg Pendek, Kota Bharu, iaitu di perkarangan kediaman Ketua HALUANITA Kelantan, Puan Norizan Othman. Ahli-ahli HALUAN Kelantan, keluarga dan sanak saudara mereka serta masyarakat kampung sekitarnya hadir menjayakan program ini. Suasana perayaan dan kemesraan dimeriahkan lagi dengan aktiviti gotong-royong memasak jamuan makan tengahari. YDP HALUAN Kelantan, Tuan Haji Nasir Saat, turut menyertai program korban di sini.

Manakala pada Hari Raya Korban ke-3 pula, program menyembelih korban telah diadakan dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan wakil penduduk Kg Pohon Nenasi. Program tersebut telah diadakan di perkarangan kampus KTD di Pengkalan Chepa, di mana sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan.

Menyentuh tentang program korban di KTD, Pengarah Program Korban HALUAN Kelantan, Tn Hj Hasan Ab Rahman, berkata bahawa setiap tahun HALUAN Kelantan akan mengadakan program korban bersama masyarakat. Namun pada tahun ini, HALUAN Kelantan mengadakannya di KTD dengan kerjasama kakitangan KTD memandangkan ramai mahasiswa KTD yang tidak pulang beraya di kampung kerana hari peperiksaan akhir semester semakin hampir.

Wakil penduduk Kg Nenasi melapah lembu korban En Umar (tengah, berbaju hijau) bersama wakil penduduk kampungnya

Seramai 15 orang wakil penduduk dari Kg Pohon Nenasi, Bachok turut serta bergotong-royong menyembelih dan bagi melapah seekor lembu khusus untuk kampung mereka. Mereka diketuai oleh Ketua Kampung mereka, En. Umar. Kg. Pohon Nenasi adalah merupakan perkampungan miskin di Bachok yang menjadi kampung angkat HALUAN Kelantan. Terdapat sekitar 400 orang penduduk di kampung tersebut.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007