Program Kecemerlangan Pelajar (PKP) Membentuk Remaja Berakhlak

E-mail Print PDF

altPengkalan Chepa, 20 Disember - HALUAN Kelantan  meneruskan siri program mendidik dan berbakti kalangan remaja dengan menganjurkan Program Kecemerlangan Pelajar Siri 2 dengan kerjasama Kg. Pohon Nenasi Bachok dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 15 -  17 Disember 2009 di Dewan Kuliah C, Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa Kelantan.

Seramai 48 remaja berumur antara 13 – 18 tahun telah menyertai program 3 hari 2 malam ini yang diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Para peserta telah dibimbing oleh fasilitator dari Kelab Siswa HALUAN Kelantan, yang diketuai oleh Sdr. Jumat Salleh, AJK HALUAN Siswa Nasional.

 

alt

Antara aktiviti yang telah disajikan di sepanjang program ialah ceramah dan demonstrasi sebatan dari Jabatan Penjara Pengkalan Chepa, ceramah khas jenayah oleh wakil dari IPD Kota Bharu, ceramah ancaman dadah oleh wakil AADK Kota Bharu, ceramah kesihatan oleh Dr. Pazudin dari Kelab Kesihatan HALUAN Kelantan yang juga merupakan doktor pakar sakit puan HUSM dan slot Tayangan Multimedia Air Mata Palestin.

 

altPeserta juga telah di bawa menziarahi Rumah Warga Tua di Pengkalan Chepa. Ramai peserta khususnya remaja puteri menangis keinsafan setelah mendengar perkongsian hidup dari beberapa penghuni warga tua yang menyentuh perasaan.  

 

 Di sebelah malam, para peserta telah melalui 2 ujian ibadah iaitu ujian bacaan al Fatihah dan Ujian Bacaan dan Praktikal Solat. Objektif utama modul ini adalah bagi memantapkan lagi ibadah peserta agar dapat membina ibadah yang lebih berkualiti. Pada hari terakhir, peserta telah di bawa menziarahi tanah perkuburan Islam Mukim Kemumin. Tazkirah ringkas dan adab-adab menziarahi kubur telah disampaikan terlebih dahulu oleh Ustaz Adnan, Ketua Biro Latihan HALUAN Negeri. Ternyata ramai kalangan remaja yang tidak biasa menziarahi tanah perkuburan dan menimba pengalaman pertama dalam program ziarah kubur pada kali ini.

alt alt

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamarudin Deraman, Naib Yang Dipertua HALUAN Kelantan. Beliau berpesan kepada para remaja agar sentiasa memelihara akhlak dan jatidiri dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ini kerana realiti hari ini banyak yang mengajak remaja kepada kerosakan dan penghapusan nilai akhlak Islam sehinggakan remaja hilang arah. Beliau memuji AJK Kg. Pohon Nenasi kerana memberi komitmen dalam memberikan kerjasama kepada HALUAN untuk menganjurkan program kali ini. Ucapan tahniah turut diberikan kepada para peserta remaja Kg. Pohon Nenasi kerana memanfaatkan cuti mereka dengan menyertai program yang dianjurkan HALUAN.

 

alt


Turut hadir dalam majlis penutup adalah Pengarah Program, Sdr Mohd Razali Maarop dan Ketua Kampung Pohon Nenasi, En. Umar Marzuki.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007