Program HALUAN Terengganu Bersama Masyarakat di Kuala Berang

E-mail Print PDF

HALUAN Terengganu dengan kerjasama Masjid Kg. Butut, Kuala Berang Hulu Terengganu telah berjaya mengadakan Program HALUAN Bersama Masyarakat dari 13hb hingga 14hb Mac 2009. Program yang diadakan bersempena dengan peristiwa memperingati Maulidur Rasul itu membawa tema Bersama Menghayati Perjuangan Rasulullah saw.

Wakil Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu, Ustaz Shamsudin Deraman, telah merasmikan program dua hari tersebut. Turut hadir dalam majlis perasmian adalah Yang DiPertua HALUAN Terengganu, Cikgu Ishak Yusof.

Sebaik selepas majlis perasmian, satu taklimat berkenaan pengenalan HALUAN Terengganu telah disampaikan oleh Naib YDP HALUAN Terengganu, Haji Zahari Salleh. Majlis taklimat tersebut disusuli dengan ceramah Maulidur Rasul bertajuk Penghayatan Kepada Sirah Rasulullah saw dalam Kehidupan Semasa yang disampaikan oleh Ustaz Rohmat Jusoh, Pengetua Sekolah Menengah Agama Kg. Laut, Kuala Terengganu.

Khutbah Jumaat pada tengahari tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Hairol Amali Othman, Ketua Biro Motivasi dan Kaunseling HALUAN Terengganu. Selepas Solat Jumaat, program diteruskan dengan Ceramah Palestin oleh Ustaz Rajaie Shaari dari HALUANPalestin Terengganu.

Program yang padat dengan pengisian majlis-majlis ilmu tersebut dipenuhi juga dengan aktiviti informal seperti riadhah dan ziarah tokoh-tokoh tempatan di Kg. Butut.

Majlis pengisian ilmu diteruskan dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Sdr. Nik Ubaidillah Nik Su, mantan YDP HALUAN Terengganu. Kemuncak program adalah Forum Perdana Maulidurasul yang dibarisi oleh dua ahli panel iaitu seorang penceramah bebas, Ustaz Mohd Hadia Sofia, dan YDP HALUAN Terengganu, Cikgu Ishak Yusof.

Seramai 200 orang hadir menjayakan program yang julung kali diadakan ini. Semoga usaha HALUAN Terengganu ini diberkati Allah dan dapat membantu penerusan usaha mendidik dan berbakti HALUAN ke segenap lapisan masyarakat.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007