Prof Qaradhawi Menyeru Umat Islam Membebaskan Al-Quds Dan Masjid Aqsa

E-mail Print PDF

11 Oktober 2006, Doha: Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru seluruh umat Islam agar bersedia untuk membebaskan Masjid Al Aqsa dan al-Quds yang kini dijajah oleh Israel.

Seruan Al-Qaradhawi dibuat pada hari pertama "Hari Siber Al-Quds Ke-4", di mana beliau mengajak dunia Arab dan seluruh umat Islam untuk tetap dan terus memberi perhatian kepada permasalahan Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa sebagai suatu perkara yang sangat penting, dan tidak membiarkan rakyat Palestin berhadapan dengan kerakusan Israel bersendirian.

    

"Kita harus memberi perhatian setiap hari, bukan hanya satu hari sahaja. Semua Muslim dari Timur dan Barat harus menjadikan permasalahan ini sebagai isu utama mereka, dan harus bekerja keras untuk membebaskan, seterusnya membawa kembali ke pangkuan Islam", seru Al-Qaradhawi.

Beliau seterusnya menggalakkan supaya umat Islam supaya menyalurkan kutipan Zakat kepada masyarakat Islam di Palestin. "Islam tidak membenarkan makan dan minum yang keterlaluan ketika mana umat Islam di Palestin tidak mampu untuk menyara kehidupan seharian mereka", tambah Al-Qaradhawi.

"Puak Yahudi yang di migrasi dari serata dunia dan seterusnya membina kependudukan haram di bumi Palestin, merupakan duri dalam hati bangsa Arab dan umat Islam, mereka memberi khidmat kepada musuh-musuh Islam. Oleh itu, seluruh umat Islam harus menyediakan pejuang-pejuang yang akan membebaskan Palestin dan Masjid Al-Aqsa, dan mengembalikan haknya kepada umat Islam", Al-Qaradhawi menyebut.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007