“ Ya Allah, Ya Tuhan ku ampunilah segala dosa-dosa, kesalahan-kesalahan, kesilapan-kesilapan, kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekuranganku dalam melaksanakan segala amanah yang dipertanggungjawabkan kepadaku.”
Pagi ini saya bangun dari tidur dengan rasa kesyukuran dan kehambaan kepada Allah SWT kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan. Kehidupan yang dipinjamkan oleh Allah SWT ini seharusnya dilalui dengan jalan dan cara yang hanya diredhai oleh Allah SWT. Alhamdulillah, dengan sedikit kefahaman yang ada, saya cuba memahami hakikat ini.



Adakala kita merasakan kehidupan ini akan berterusan tanpa hujungnya lalu jiwa kita terasa selesa dengan kesenangan dunia. Adakala impian kita untuk kehidupan sementara ini mendaki kemuncak tertinggi di dalam jiwa lalu merasai dunia itu milik kita selamanya. Ketika itu kita lupa bahawa kehidupan kita ini ada titik hentinya lalu kita melupakan tempat kembali kita yang hakiki.
Hadir ke Pariaman, Padang, Sumatera Barat merupakan peluang yang sangat baik untuk melaksanakan kerja-kerja amal dan sukarela. Perjalanan dengan pesawat AirAsia tidaklah lama kerana mengambil masa satu jam 10 minit.
Raya Korban yang semakin mendekat ini, kita kenali dengan beberapa nama. Ada nama Aidil Adha, ada nama Hari Raya Korban, dan antara nama popularnya lagi adalah Hari Raya Haji. Semuanya adalah nama untuk hari yang sama, yakni 10 Zulhijjah.
Tembok Pemisah yang dibina secara haram di atas bumi Palestin oleh rejim haram Israel adalah sepanjang 730km. Ketinggiannya adalah 8 meter, dua kali ganda ketinggian Tembok Berlin. Kos binaannya adalah US$3.4billion, iaitu US$4.7m per km.







