Penduduk Taman Pelangi, Perai Simpati Dengan Musibah Mangsa Gempa di Padang

E-mail Print PDF

Perai, Pulau Pinang, 23 Disember 2009 –- Walaupun telah lebih sebulan peristiwa gempabumi di Sumatera Barat berlalu, relawan HALUAN tetap gigih dengan usaha membantu mangsa-mangsa yang ternyata masih sangat memerlukan bantuan, terutamanya dalam bentuk bantuan perubatan dan rawatan trauma kepada mangsa-mangsa yang tinggal di pendalaman. Saban minggu HALUAN menghantar kumpulan relawan ke Padang Pariaman, silih-berganti, demi menyahut rayuan masyarakat pendalaman Pariaman supaya Misi Kemanusiaan Padang diteruskan.

Bagi HALUAN Pulau Pinang, masyarakat di Malaysia perlu sedar betapa mangsa-mangsa tersebut masih sangat memerlukan bantuan, meskipun masalah mereka kini semakin dilupakan oleh media arus perdana. Dalam masa yang sama, kita seharusnya mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku di Sumatera Barat. Untuk tujuan itu, HALUAN Pulau Pinang telah mengadakan satu ceramah penerangan Misi Bantuan Kemanusiaan Padang kepada penduduk-penduduk Taman Pelangi, Perai, Pulau Pinang. Majlis yang diadakan di Surau Taman Pelangi tersebut berlansung dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam. Sebelum majlis penerangan bermula, satu tazkirah ringkas telah sampaikan oleh Naib YDP HALUAN Pulau Pinang, Tuan Syed Soleh Syed Kecil.

Sesi penerangan dan perkongsian pengalaman Misi Kemanusiaan Padang telah disampaikan oleh seorang relawan yang mewakili HALUAN Pulau Pinang, Sdr Mat Akhir bin Ahmad. Beliau bersama-sama sekumpulan 8 orang relawan HALUAN telah berada di Pariaman selama seminggu, mulai 8 November lalu. Dalam penerangannya, Sdr Mat Akhir antara lain menceritakan tentang rayuan masyarakat Pariaman agar umat Islam membantu mereka menghadapi usaha-usaha NGO antarabangsa untuk memesongkan aqidah mereka melalui bantuan-bantuan kemanusiaan yang disalurkan. Menurut Sdr Mat Akhir, HALUAN melaksanakan tanggungjawabnya melalui bantuan yang disalurkan saban minggu, tetapi menghadapi kekangan dana yang terhad. Malahan, kata beliau lagi, ada juga relawan HALUAN yang sanggup mengeluarkan wang perbelanjaan dan membeli tiket penerbangan sendiri untuk ke Padang, demi membantu saudara seaqidah mereka di sana.

Rata-rata penduduk yang mengikuti majlis penerangan ini melahirkan rasa simpati mereka kepada mangsa gempa bumi tersebut. Malahan ramai daripada mereka yang menyatakan hasrat untuk berusaha membantu HALUAN mengumpul dana demi meneruskan misi bantuan kemanusiaan di Padang.

Orang ramai yang terpanggil untuk menyalurkan sumbangan kewangan kepada Misi Kemanusiaan Padang ini boleh melakukan demikian melalui


Tabung Kemanusiaan HALUAN atas nama ”HALUAN”
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun 14-023-01-002 571-8

Semoga sumbangan yang diberikan, walaupun sedikit, akan mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah swt.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007