Penduduk Padang Mengalu-alukan Kehadiran Relawan HALUAN

E-mail Print PDF

PADANG, 22 November - Penduduk Kabupaten Padang Pariaman, Indonesia begitu mengalu-alukan kehadiran relawan HALUAN bagi meneruskan misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa gempa di sana. Misi Kemanusiaan Padang yang disusun oleh Biro Bantuan Kecemasan dan Misi Kemanusiaan HALUAN kini telah memasuki minggu ke-enam, yang melibatkan gandingan relawan veteran dan muda.

Pasukan ke-enam telah selamat tiba di LCCT pada 22 November 2009 pada jam 10.40pagi waktu tempatan, setelah berada di lapangan sejak seminggu yang lalu. Pasukan yang disertai oleh 8 orang relawan ini terdiri daripada dua orang doktor, iaitu Dr Azman Abd Wahab dari Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Terengganu dan Dr Wan Muhaizan Wan Mustaffa dari KKH Selangr yang juga merupakan Naib Pengerusi HALUANITA. Tiga relawan dari HALUANSiswa juga turut serta dalam misi pada kali ini. Mereka telah diketuai oleh Sdr Muslim Mahmud yang mewakili HALUAN Kelantan.

Pasukan ini telah berbakti membantu mangsa-mangsa di Kecamatan V Koto Kampung Dalam, Kabupaten Padang Pariaman. Menurut laporan mereka, penyakit-penyakit paska gempa masih menyerang warga penduduk kampung ini walaupun secara umumnya fasa darurat di Sumatera Barat sudah berlalu. Mereka masih lagi terpaksa tinggal di khemah-khemah sementara yang didirikan bersebelah dengan runtuhan rumah. Tidak hairan, ada mangsa-mangsa yang mengadu, "siangnya kami kepanasan, malamnya kami kesejukkan". Malahan, hujan yang turun sejak beberapa hari yang lalu dikuatiri akan menyebabkan berlakunya ancaman tanah runtuh. 

Dr Azman tekun merawat seorang anak mangsa gempaBagi relawan HALUAN, mereka terus menyumbangkan sepenuh tenaga berbakti kepada masyarakat di kampung ini. Mereka telah memberi khidmat klinik bergerak bermula dari pagi hingga ke malam. Di samping memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan, mereka juga menekankan aspek kesedaran Islam. Dengan kesedaran seperti itu diharapkan mereka akan dapat membina keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan selepas tragedi yang mereka alami. "Kebanyakkan mereka mengalami penyakit gatal-gatal kulit. Ada juga yang masih mengalami 'panic attack' akibat trauma gempa," ujar Dr Wan Muhaizan.

Manakala relawan-relawan muda dari kalangan HALUANSiswa telah mengadakan sesi khidmat kaunseling (trauma healing) di beberapa buah sekolah di sekitar kampung tersebut. Pelbagai aktiviti menarik telah mereka laksanakan bagi membantu anak-anak mangsa gempa ini. Ada di kalangan anak-anak ini yang telah kehilangan ibubapa dan keluarga akibat gempa.

 

Relawan HALUAN juga sempat ke Lembah Gunong Tigo, Kabupaten Padang Pariaman untuk melihat sendiri kesan gempa yang paling teruk di sana. Kawasan ini telah diisytiharkan sebagai perkuburan terbesar yang melibatkan beberapa buah kampung dan seramai kira-kira 300 orang telah tertimbus.

HALUAN akan meneruskan misi bantuan ini bagi membantu mereka yang masih sangat memerlukan bantuan, terutama penduduk di pedalaman. Diharapkan rakyat Malaysia yang prihatin dan pemurah akan terus membantu bagi kelangsungan misi kemanusiaan ini. Anda boleh menyalurkan bantuan kewangan melalui

Tabung Kemanusiaan HALUAN atas nama ”HALUAN”
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun 14-023-01-002 571-8

Last Updated ( Monday, 30 November 2009 13:42 )  

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007