Pendidikan Ramadhan

Merenung Nilai Takwa Pasca Ramadan

E-mail Print PDF

Ramadan yang telah berlalu meninggalkan kita membentuk kita menjadi hamba yang iltizam dengan ibadah fadhiyah seperti solat, puasa, tilawah, iktikaf, zakat dan sebagainya di mana bekalan-bekalan ini kearah meningkatkan nilai takwa bagi seseorang Muslim untuk terus bekerja melaksanakan tuntutan Allah SWT setelah berakhirnya bulan yang mulia ini.

Namun hakikatnya apa yang kita saksikan pada hari ini, Ramadan berlalu tanpa memberi kesan terhadap nilai takwa kepada diri kita. Musim ketaatan dan ketakwaan ini seolah-seolah pergi bersama musimnya yang menjenguk kita setahun sekali. Aidilfitri dihiasi dengan makanan yang enak, pakaian yang baru beserta wangi-wangian baru. Penyair arab menyebut:

Laisa al-’iidu man labisa al-jadid Walakin al-’iid man tho’atuhu taziid.

“Hari Raya bukanlah ditandai dengan pakaian baru, tetapi hakikat hari raya adalah siapa yang ketaatannya bertambah maju”

Read more...
 

Keutamaan dan Keagungan Lailatul Qadar

E-mail Print PDF

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) ketika Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Al-Qadr: 1-5)

Read more...
 

Bagaimana Menghidupkan Ramadhan

E-mail Print PDF

Aku memuji dan mensyukuri Allah yang mendekatkan kepada kita pintu-pintu kebaikan, yang telah membuka pintu-pintu taubat untuk hamba-hambaNya. Aku mengucapkan tahniah kepada kalian dengan kedatangan bulan yang diberkati, bulan penerimaan taubat, keampunan dan perlepasan dari neraka. Bulan kebaikan dan keberkatan. Bulan kemurahan dan ihsan.

Wahai Pemberi kebaikan-kebaikan berilah kepadaku hidayah.
Maka tidaklah bagi mereka yang tiada hidayah sebarang kebaikan.
Hapuskan salahku dengan kemaafan, kemesraan dan kasih-sayang.
Maka tiadalah keindahan bagi bersalaman dengan selainMU .

Read more...
 

Pasca Tarbiah Ramadhan: Bebaskah Kita Dari Api Neraka?

E-mail Print PDF

Allah SWT telah menentukan bahawa puasa, malah seluruh aktiviti yang Allah sediakan untuk kita dalam bulan Ramadhan adalah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Kini Ramadhan telah melabuhkan tirai.  Bagaimana keadaan kita?  Masih dalam pendakian menuju taqwa atau hari-hari menempuh Syawal yang berlalu begitu saja.  Kita melalui tarbiah Ramadhan adalah untuk meningkatkan keyakinan kita kepada janji dan ancaman Allah SWT.

Read more...
 

Pecutan Terakhir Meraih Taqwa

E-mail Print PDF

Marilah kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dipanjangkan umur dan diberi kesempatan kepada kita untuk terus ber’ubudiyah kepada Allah, khasnya di bulan Ramadhan yang kini telah masuk ke bahagian akhir bagi tahun ini.

Marilah kita terus berdo’a agar kita mendapat rahmat Allah, keampunan serta dibebaskan daripada azab di Hari Akhirat nanti. Di sepanjang Ramadhan, Rasulullah s.a.w banyak berdo’a di samping ibadah dan amal kebaikan yang ditingkatkan semata-mata mencari keredhaan Allah SWT. Rasulullah s.a.w juga menggalakkan umatnya berdo’a ketika berbuka puasa kerana do’a ketika itu tidak ditolak .

Read more...
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 4

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007