Pendidikan Ramadhan

Tips Mempermudah Bangun Malam

E-mail Print PDF

Bangun malam dan berqiyamulail dengan melakukan pelbagai ibadah seperti solah tahajjud, solah witir, tilawah Al-Qur'an, berzikir dan berdoa adalah amalan para da'i yang mencontohi generasi awal Islam. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini kita perlu mengambil peluang semaksima mungkin mengisi malam-malam kita dengan bertaqarub dengan Allah swt.

Allah swt. menyarankan orang-orang beriman agar bangun malam untuk membersihkan hati mereka, memurnikan tauhid mereka dan menguatkan iman mereka. Firman Allah Subhanahuwata'ala:

Hai orang yang berselimut. Bangunlah di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya). (Iaitu) seperduanya atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit. Atau lebih daripada seperdua itu, dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Rabbmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.
(Al-Muzammil: 1-8)

Read more...
 

Menghidupkan 10 Malam Terakhir Ramadhan

E-mail Print PDF

Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:

Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Read more...
 

Penghayatan Nuzul Quran

E-mail Print PDF

Kita sekarang sedang berada di Bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan agung, bulan berkat, bulan diturunkan al-Qur'anul Karim, bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang fadhilatnya melebihi seribu bulan, bulan yang Allah s.w.t mewajibkan Umat Islam berpuasa pada siang hari dan disunatkan Qiamullail pada malam harinya.

Read more...
 

Puasa: Kenapa badan tambah berat?

E-mail Print PDF

Puasa adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar ke maghrib. Dari aspek fisiologi dan kesihatan, puasa bermula sekitar 12 hingga 24 jam dari ketika kita tidak makan dan minum.

Puasa belum bermula dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.

Read more...
 

Fokus Ramadhan - bulan barakah, rahmat, dan kebahagiaan

E-mail Print PDF

Ramadhan adalah bulan barakah, rahmat, dan kebahagiaan. Betapa perlunya manusia merenung sejenak untuk bersiap-siap menyambutnya berikutan banyaknya kebaikan-kebaikan yang terkandung di dalamnya. Ia merupakan bulan yang dihormati di masa jahiliyah, dan semakin dihormati dan dimuliakan ketika Islam datang. Pada bulan ini Allah Subha Nahu Wa Taala menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia. Betapa perlunya kita mengenangkan dan menyedarkan jiwa tentang hak Ramadhan sebelum menemuinya.

Read more...
 
Page 3 of 4

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007