Pembangunan Modal Insan

Seni Da’wah 4 : Bagaimana Rasulullah SAW Berda’wah Kepada Orang Awam

E-mail Print PDF

Seorang da’i hendaklah memahami kadar kecerdasan dan kejahilan mad’unya (sasaran da’wahnya) dengan cara memperhatikan latar belakangnya, ucapannya dan tingkahlakunya. Dengan ini, da’i dapat mengambil sikap yang tepat, berpatutan, penuh empati dan tidak emosional apabila berhadapan dengan mad’u. Maka InsyaAllah, da’wahnya akan terkesan di hati mad’unya, terutama dari kalangan orang awam yang merupakan juzuk terbesar dari umat.

Read more...
 

Seni Dakwah 3: Bagaimana Rasulullah SAW Berdakwah Kepada Orang Dewasa

E-mail Print PDF

Makna hadis:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah SAW memasuki masjid, lalu masuk  seorang lelaki ke masjid untuk melakukan solat. Selesai solat, ia mendatangi Rasulullah SAW seraya mengucapkan salam. Setelah menjawab salam, baginda berkata, “kembalilah ke tempatmu dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum mengerjakan solat!” Ia pun kembali ke tempatnya dan mengerjakan solat seperti yang telah ia kerjakan tadi. Kemudian ia mendatangi Rasulullah SAW lagi seraya mengucapkan salam. Setelah menjawab salam, baginda berkata, “kembalilah ke tempatmu dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum mengerjakan solat!

Read more...
 

Seni Dakwah 2: Bagaimana Rasulullah SAW Berdakwah Kepada Pemuda

E-mail Print PDF

Makna hadis:

Abu umamah r.a. berkata: "Ada seorang pemuda datang menghadap Nabi SAW seraya berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah aku berzina.” Orang-orang yang ada di sekitarnya menghampiri dan memaki, “Celaka engkau, celaka engkau!” Setelah Rasulullah SAW menyuruhnya untuk mendekatinya, pemuda itu pun menghampiri dan duduk mendekati beliau, lalu beliau bertanya, “Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada ibumu?” Pemuda itu menjawab, “Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku tebusanmu.” Beliau membalas, “Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu mereka.”

Read more...
 

Seni Dakwah 1: Bagaimana Rasulullah SAW Berdakwah Kepada Golongan Remaja

E-mail Print PDF

Makna hadits:

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda : ' Wahai anak, sesungguhnya aku mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan."
(HR. Tarmizi dan dia berkata : Hadisnya hasan shahih). 

Read more...
 

Kekebalan Iman (Mana'ah Imaniyah)

E-mail Print PDF

Saat ini dunia sedang berkecamuk dan bergolak, baik di negara yang menolak Islam, begitu juga di negara yang majoriti penduduknya menganut Islam. Arus kerosakan dan kefasadan terus subur dan berleluasa. Hatta umat Islam sendiri teraba-raba mencari jalan penyelesaian yang sebenar dalam menghadapi pelbagai mehnah dan ujian.  Arus kerosakan itu menerjang dunia kehidupan bermula dengan dunia pendidikan dan keilmuan, ekonomi, politik, budaya dan kenegaraan. Benteng terakhir yang diharapkan iaitu institusi rumah tangga dan kekeluargaan turut diserang dan menjadi longlai dalam membangun modal insan yang dihajati oleh Islam.

Read more...
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 16

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007