Pembangunan Modal Insan

Akhlak Seorang Da’ie: Sabar dan Saling Memaafkan

E-mail Print PDF

Mereka berkata: ‘Kami benar-benar memandangmu sebagai orang yang tidak berakal dan sesungguhnya kami memandangmu sebagai orang yang berdusta.’  (Al A’raf : 68).

Ayat ini dirakamkan oleh Allah swt dalam Al Quran akan cabaran dan ujian yang dihadapi oleh Nabi Hud as. dalam melaksanakan amanah dakwah baginda. Sikap yang kasar ini tidak serta merta membuatkan Nabi Hud a.s kehilangan kesabaran dalam menjayakan risalah besar baginda. Dengan tenang, baginda menjawab,
Hud menjawab: ‘Hai kaumku, aku sama sekali bukan orang yang tidak berakal, melainkan aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam. Aku menyampaikan amanat-amanat Tuhan kepada kalian, dan bagi kalian aku adalah penasihat yang dapat dipercaya” (Al A’raf: 68).

Read more...
 

Apakah niat kita dalam kehidupan ini?

E-mail Print PDF

Apakah niat kita dalam kehidupan ini?

Adakah niat kita untuk mendapatkan kekayaan sebanyak-banyaknya? Adakah niat kita untuk mendapatkan segala bentuk kemewahan? Adakah niat kita untuk mendapatkan kemasyhuran? Adakah niat kita untuk mendapatkan kekuasaan?

Kita perlu tanya hati kita, apakah yang kita inginkan?

Read more...
 

Membina Keikhlasan Dalam Amal Islami

E-mail Print PDF

Ramai orang yang berjuang. Tapi tidak seramai itu pula yang berjuang dengan ikhlas. Melalui interaksi dengan Kitabullah dan Nabi Muhammad saw., para sahabat amat memahami  bahawa memurnikan (mengikhlaskan) orientasi dan amal hanya untuk Allah adalah suatu keniscayaan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi. Mereka meyakini sepenuhnya bahawa hal itu merupakan kunci untuk memperoleh pertolongan dan dukungan Allah dalam setiap pertempuran yang mereka terjuni, menghadapi musuh-musuh mereka, baik musuh dari dalam diri mahupun dari luar diri mereka. Mereka menghayati firman Allah swt.:
Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah. Dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan  suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” [At-Taubah (9):120]

Read more...
 

Keimanan Yang Sebenar

E-mail Print PDF

Beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala bererti seseorang Muslim itu mempelajari, memahami dan mempercayai dengan penuh yakin akan sesuatu yang wajib bagi Allah Subhanahuwata’ala dari segala sifat-sifat kesempurnaanNya, dan sesuatu yang mustahil bagiNya dari semua yang berlawanan dengan sifat-sifat wajib itu. Begitu juga, yakin dengan sifat-sifat yang harus bagi Allah Subhanahuwata’ala. Dengan lain perkataan, secara umumnya, seseorang Muslim wajib beri’tiqad bahawa segala sifat kesempurnaan itu adalah hak Allah Subhanahuwata’ala semata-mata, samada sifat-sifat itu yang berbentuk Uluhiyyah atau pun Rububiyyah. Begitu juga sebaliknya, segala sesuatu yang tidak sempurna tidak layak diletakkan kepada Zat Yang Maha Kudus itu.

Read more...
 

Kebahagiaan dalam mendidik & berbakti

E-mail Print PDF

Keberadaan HALUAN sebagai salah satu Badan Pertubuhan Kerajaan (NGO) di Malaysia yang memberi tumpuan dalam aspek kebajikan dan pendidikan kepada pelbagai golongan lapisan dalam masyarakat amat wajar. Misi Mendidik dan Berbakti seharusnya diterjemahkan di setiap kampung,  daerah dan negeri yang dilalui dan didiami oleh anggota HALUAN dengan berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru manusia kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Bekalan inilah yang akan membahagiakan kita apabila kita terjun ke dalam masyarakat dan memberi khidmat kepada mereka.

Read more...
 
Page 7 of 16

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007