Dakwah Islam adalah dakwah yang meliputi semua persoalan hidup dan kehidupan manusia. Menyentuhi masalah aqidah, menerangi bashirah (pandangan), serta mampu memperlihatkan kepadanya yang haq itu haq dan yang batil itu batil dan membawa mereka untuk mengikuti kebenaran dan menjauhi kebatilan.



Pernahkah kita boros berbelanja hingga kita berbelanja hebat sedangkan sebahagian besar yang kita beli adalah perkara-perkara yang sebenarnya kita tak perlukan? Atau mungkin kita dikuasai amarah hingga kita melupakan persahabatan dan persaudaraan lalu segalanya kita korbankan agar hati kita merasa puas? Pernahkan kita sibuk dalam perkara-perkara yang kurang utama hingga berjam-jam masa kita terbuang begitu sahaja? Pernahkan kita dilanda kekecewaan hingga jiwa kita murung dan hilang keazaman lalu kita biarkan masa berlalu meninggalkan kita bersama kesedihan dan luka-luka pada jiwa? Atau pernahkah kita terlalu gembira hingga kita lupakan batasan-batasan yang akan mengekalkan kewibawaan kita?
Semua kita membicarakan perubahan. Samada individu, organisasi, pertubuhan, kelab, persatuan, institusi, syarikat, parti politik mahupun negara. Sudah tentulah perubahan yang diingini adalah perubahan yang positif, perubahan yang membawa kepada kebaikan dan kejayaan.
“Musibah yang sebenarnya ialah musibah yang menimpa Deen kita” As Syeikh Mustafa Masyhur.
Adakah kita termasuk dalam golongan yang suka memberi kemaafan? Siapakah yang benar-benar menikmati kemanisan kemaafan tersebut?






