"Jika sekadar ingin popular, kencingi saja telaga zam-zam" Pepatah Arab.
Ya, kalau sekadar ingin dikenali, lakukan sesuatu yang aneh. Kencing dalam telaga zam-zam maka satu dunia akan kenali kita. Persoalannya bagaimana kita ingin dikenali. Budaya Selibriti telah berjaya merosakkan sekian banyak jiwa dan maruah. Manusia berlumba-lumba mencari populariti dan mereka memang boleh mencapainya kerana ianya bukanlah terlalu sukar. Lebih menyedihkan penyakit ini turut menjangkiti pendakwah-pendakwah Islam.



Ikhlas adalah satu kata yang sangat mudah diucapkan oleh setiap orang, termasuk orang munafik dan kafir sekalipun. Tetapi sejatinya kata inilah yang paling berat dan paling sukar untuk direalisasikan. Terkadang para da’i mampu menjaga keikhlasan di awal perjalanan, tetapi di tengah perjalanan pelbagai bentuk ujian dan cubaan menghadangnya sehingga dia menjadi mundur, luntur dan jatuh ke lembah sumur riya’ dan ujub. Na’udzubillahi min dzaalik.
Hijrah adalah satu peristiwa yang besar dan agung di dalam sejarah islam. Semua orang islam wajib mengetahuinya. Hijrah Rasulullah saw dan para sahabat ke Madinah Al-Munawwarah telah menjadikan dakwah Islam berpindah ke satu tahap dakwah yang baru. Kaum muslimin juga boleh beribadah dengan lebih selamat dan terbuka.
Antara rahmat Allah SWT yang besar kepada kita ialah disediakan beberapa pesta ibadat sepanjang tahun. Kerana itulah kita mendengar kelebihan hari Jumaat sebagai hari terbaik di dalam seminggu, bulan Ramadhan itu adalah bulan terbaik di dalam setahun, malam lailatul qadar itu adalah malam yang terbaik berbanding malam-malam yang lain dan Allah turut memberikan sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah sebagai hari terbaik di dalam setahun.






