Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana nak jaga keikhlasan hati ketika beramal atau melakukan kebaikan.
Ada satu perkara yang perlu kita fahami iaitu IKHLAS ini adalah buah atau natijah dari keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT. Ikhlas tidak dibina diatas dasar yang tidak jelas atau diawang-awangan. Apabila kita benar-benar merasai hakikat kebesaran dan keagungan Allah disamping menyakini segala janji-janji dan ancaman-ancamanNya serta meyakini hari pertemuan denganNya maka ketika itu pohon keimanan yang ada pada jiwa kita mula mengeluarkan buahnya untuk kita petik dan menikmati kemanisannya.



Saya masih teringat, setiap kali mengendalikan program berbentuk kem di mana-mana sekolah mahupun IPT, pasti ada satu modul Ice Breaking yang akan saya laksanakan. Modul itu saya namakan Budaya 5 S. Objektif modul ini untuk memecahkan gap atau tembok hubungan antara peserta dan mewujudkan suasana pengenalan / taaruf yang ceria dan harmoni.
Bulan Rejab adalah termasuk di dalam salah satu bulan-bulan Islam yang dianggap suci oleh umat Islam. Firman Allah s.w.t.
Marilah kita sama-sama perteguhkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus التزام dan patuh kepada titah perintah Allah, suruhan dan tegahanNya. Marilah kita terus bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana memberi kesempatan lagi kepada kita untuk terus berada di dalam HidayahNya dan dapat meneruskan amalan dan عبودية kepada Allah s.w.t.
Laporan dari media massa dan media cetak secara berterusan menyiarkan pelbagai kes perilaku dan akhlak pelajar-pelajar di seluruh negara. Ada yang dirogol, ditembak dan ditangkap kerana berkelakuan sumbang di dalam kelas. Laman-laman web ghairah menyiarkan gambar-gambar yang ‘mengancam iman’ dimuat naik dengan mudah di internet dan boleh ditonton oleh sesiapa sahaja termasuk budak-budak sekolah. Sama ada di sekolah rendah atau menengah, ia serupa sahaja. Kejadian terkini ialah tiga orang pelajar sekolah rendah tahun tiga di Melaka disyaki melakukan aktiviti seksual dalam kelas. Di Terengganu kedengaran pula berita yang mengatakan beberapa orang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah mengandung luar nikah.






