Pembangunan Modal Insan

Rahsia Membina Rumahtangga Muslim Yang Bahagia

E-mail Print PDF

 عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ  أَنَّ  رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَال: تَنْكِحُ المرَأَةَ لِاَرْبَعٍ , لمِاَلهِاَ وَلحِِسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فاَطْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنَ تَرَبَتْ يَدَاكَ

 

(رواه الشيخان)- متفق عليه -

Maksud:
“Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu  bertuah (beruntung).         (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Read more...
 

Bahaya Budaya Hendonisme Dan Kemewahan

E-mail Print PDF

عَنْ عَليِ بْنِ اَبِي طَالِبٍ يَقُوْلُ : اِناَّ لجَلُوُسٌ مَعَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

فِي اْلمَسْجِدِ اِذْ طَلَعَ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ مَا عَلِيْهِ إِلَّا بُرْدَةٌ لَهُ مَرْقُوْعَةٌ بِفَرْوٍ فَلَمَّا رَآهُ

رَسُوْلَ اللهِ بَكَى لِلَّذِىْ كَانَ فِيْهِ مِنْ النِّعْمَةِ وَالَّذِىْ هُوَ الْيَوْمَ فِيْهِ ثمَُّ قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كَيْفَ بِكُمْ  إِذَا غَدَا أَحَدُكُمْ فِي حُلَّةٌ وَوُضِعَتْ بَيْنَ يَدَيْهِ صَحْفَةٌ وَرٌفِعُتْ اُخْرَى وَسَتَرْتمُْ بُيُوْتَكُمْ كَمَا تُسْتَرُ اْلَكَعْبَةُ, قاَلُوْا ياَ رَسُوْلَ اللهِ نَحْنُ

يَوْمَئِذٍ خَيْرٌ مِنَّا الْيَوْمَ نَتَفَّرَعُ لِلْعِبَادَةِ وَنُكْفَى اْلمُؤنَةَ فَقَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَا أَنْتُمْ الْيَوْمَ خَيْرٌ مِنْكُمْ يَوْمَئِذٍ .

 

 (رواه الترمذي)

Maksud:
Daripada Ali bin Abi Talib Radhiyallahu 'anhu: “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair Radhiyallahu 'anhu dan tiada di atas badannya kecuali hanya selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam melihat kepadanya, Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana terharu mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu ( kerana sangat dimanjakan oleh ibunya ) dan kerana melihat nasib Mus’ab sekarang ( ketika berada di madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kemewahan di Mekah. Kemudian Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:  Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi ( menghiasi ) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Ka’abah?. Maka jawab sahabat, “ Wahai Rasulullah, tentunya pada waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada ibadah sahaja dan tidak perlu mencari rezeki”. Lalu Baginda bersabda : “Tidak, keadaan kamu pada hari ini lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu”. (Hadith Riwayat Al-Tirmizi)

Read more...
 

Kenapa Hati Menjadi Keras?

E-mail Print PDF

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمْاَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ تُكْثِرُوْا الْكَلَامَ بِغَيْرِ ذِكْرِاللهِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الْكَلَامِ بِغَيْرِ ذِكْرِاللهِ تَعَالَى قَسْوَةٌ لِلقَلْبِ,وَاَنَّّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللهِ الْقَلْبُ اْلقَاسِىْ

Maksud :
Daripada Ibnu ‘Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : “ Janganlah memperbanyakkan percakapan selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras.
Hadith Riwayat Al-Tirmizi

Read more...
 

Siapa Majoriti Penghuni Syurga Dan Neraka

E-mail Print PDF

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍِ وَعِمْرَانَ بْنِ الحْصَيْنِ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمْ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اطَّلَعْتُ فِي اْلجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلَهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الِنّسَاءَ.    -    (متفق عليه)

 

Maksud :
Daripada Ibnu Abbas dan ‘Imran bin Hussain Radhiyallahu 'anhuma bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Aku melihat ke dalam Syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang yang faqir miskin. Dan aku melihat ke dalam Neraka, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada golongan perempuan.

Read more...
 

Kematian Adalah Suatu Kepastian

E-mail Print PDF

عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَكثِرُوْا

مِنْ ذِكْرِ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ ( يَعْنِي الْمَوْتَ )

 

Maksud:
Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : “Perbanyaklah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan (mati).  Hadith Riwayat Al-Tirmizi

Read more...
 
Page 14 of 16

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007