Pembangunan Modal Insan

Rumah Tumpangan Yang Kecil

E-mail Print PDF

Lubang sedalam enam kaki, seluas 2 x 6 kaki, adalah sebuah rumah kecil yang telah banyak memberikan jasanya menumpangkan musafir yang berkelana menuju ke bandar mega. Hanya berlapikkan lantai tanah yang kelembapan dan juga berbantalkan sekepal tanah. Dindingnya juga tanah yang tiada lagi hiasan-hiasannya, tiada lagi gambar-gambar bergantungan di dinding dan tiada lagi langsir-langsir yang beralun dan berombak. Hanya yang ada cuma gurisan-gurisan yang mencalar di sana sini pada dinding itu. Bumbungnya juga hanyalah tanah yang ditampal-tampalkan sehingga menutupi langit. Tiada lagi dinginan angin, jauh lagi dari penghawa dingin yang menyejukkan. Tiada juga lampu-lampu antik menghiasi suasana gelap . Bilik kecil itu tiada tiangnya namun kekukuhannya masyaAllah memang utuh. Itulah rumah tempat trilion manusia menumpang untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Mega.

Read more...
 

Membentuk Peribadi Mukmin

E-mail Print PDF

Yang dimaksudkan dengan peribadi ialah manusia itu sendiri dengan fizikalnya, mentalnya, spiritualnya dan juga akhlaqnya yang berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Dalam tajuk ini tidak akan dihuraikan tentang huraian peribadi secara perbincangan-perbincangan ahli-ahli falsafah dalam ilmu jiwa, tetapi akan diperkatakan pembentukan peribadi Muslim seperti tajuk ini hasil sedutan daripada kitab-kitab para Mujahid Islam yang banyak berjihad dan berkorban untuk Islam. 

Peribadi Muslim tidak pernah terkenal dan tidak pernah bersinar di kalangan masyarakat manusia kecuali ianya dibina di atas Tauhid keImanan kepada Allah s.w.t.  Peribadi yang tinggi dan mulia ini telah pernah lahir pada suatu kumpulan yang terkenal dengan panggilan Generasi Al Quran Yang Unik (Jillun Qur'anun Farid).

Read more...
 

Kepada Siapa Harapan Dituju?

E-mail Print PDF

Tulisan: Ali Irfan

Kehidupan yang kita alami pada saat ini merupakan anugerah Allah SWT yang amat besar ertinya kepada kita. Kehidupan ini tandanya kasih sayang Allah SWT kepada kita dan kita sedang hidup di alam kehidupan ini samada sebagai makhluk hambaNya yang beriman atau kuffur kepadaNya.

Kehidupan ini hilang serinya tanpa diwarnai dengan pelbagai ujian, cabaran dan mehnah. Ujian yang silih berganti ini banyak menimpa kita sebagai cubaan iman bagi orang-orang yang beriman. Ujian itu hadir dalam pelbagai bentuk dan rupa bentuk. Ketika ini, rasa hangat air mata ini kerana rasa bersalah dan berdosa terhadap Allah SWT. Lihat diri kita, lihatlah jasad kita ini, bukankah kita ini hamba yang terlalu kerdil? Bukankah kita ini terlalu hina? Bukankah kita ini terlalu dhaif?

Read more...
 

Bagaimana Memahami Erti Kehidupan

E-mail Print PDF

“(Dia) yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun.” (Al-Mulk: 2)

“Jom kita enjoy dulu, hidup ni cuma sekali ja.” “Masa muda cuma datang sekali, bila lagi kita nak berseronok?” Boleh jadi anda pernah terdengar percakapan seperti ini diucapkan, kebiasaannya oleh golongan muda remaja. Mengikut pemikiran biasa, rugilah sekiranya seseorang remaja menghabiskan umurnya tanpa merasai apa yang selalu diistilahkan sebagai “enjoy”, “relax”, dan “fun”. Malah bagi orang dewasa sekalipun ada kalanya berasa tidak puas dan selalu terfikir untuk mencari keseronokan-keseronokan yang baru, sebab “hidup ni cuma sekali, bila lagi nak merasa?”

Read more...
 

Jagalah Niatmu, wahai saudaraku yang budiman

E-mail Print PDF

Saya teringat satu kisah yang amat terkesan di hati sehingga kini. Kisah tentang dua orang adik kandung dan ia berkait rapat dengan kehidupan kita. Kisahnya begini.

Ada dua orang lelaki dan keduanya adalah saudara kandung.Seorang adik, seorang lagi adalah abang. Keduanya lahir di dalam keluarga yang saat patuh dan taat dalam beragama. Namun perilaku dua saudara kandung ini berbeza dan akhir hidup mereka juga berbeza.

Read more...
 
Page 10 of 16

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007