Pemangkin HALUAN

E-mail Print PDF

PEMANGKIN HALUAN adalah sebuah pusat  khidmat komuniti yang ditubuhkan atas dasar tanggungjawab kemasyarakatan, sukarelawan dan kasih sayang sesama insan, menepati motto HALUAN “berakhlak, mendidik dan berbakti”.

Setiap lapisan masyarakat, tanpa batasan agama dan bangsa, dialu-alukan untuk bersama HALUAN dalam membina masyarakat penyanyang yang berjaya dan harmoni, sesuai dengan cita-cita negara tercinta ini.

HALUAN dengan berbesar hati mengajak setiap lapisan masyarakat untuk bersama-sama menjayakan projek kemasyarakatan ini, yang antara lain menyediakan fungsi-fungsi berikut:

  • Pusat Pembinaan Kecemerlangan Remaja melalui Program Cemerlangan Akademik Syakhsiyah Terpuji (ProCAST).
  • Pusat Pembelajaran Orang-Orang Dewasa melalui Program Keluarga Bahagia Masyarakat Terbilang (ProKEMAT).
  • Kaunseling dan Khidmat Guaman, dan Khidmat Saudara Baru (Mu’alaf.)
  • Perkhidmatan Kaunseling Perubatan secara percuma kepada mereka yang memerlukan.

HALUAN berharap penglibatan anda semua, samada sebagai peserta program, sukarelawan, ataupun pendorong, akan dapat membantu usaha menyelesaikan permasalahan masyarakat, mengisi masa lapang anak-anak muda, membantu pembelajaran anak-anak bersekolah, melatih cara hidup yang lebih baik dan seterusnya melahirkan masyarakat yang lebih cemerlang, rohani dan jasmani.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan yang disediakan, program-program yang diadakan atau sebarang cadangan kerjasama boleh diajukan kepada kami seperti maklumat berikut:

Lokasi PEMANGKIN

Pusat Pemantapan Dan Perkhidmatan Insan
Pertubuhan Himpunan Lepasan Pendidikan Malaysia (PPM969/88)
(PEMANGKIN HALUAN)
16-1, 16-2 & 16-3 Jalan Dinar A U3/A
Seksyen U3
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
E mel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Hubungi Kami

Tn Hj Noorazman Samsuddin (019 388 6956)
Sdr Mohd Hafiizh Ghazali (013 392 9929)

Maklumat Akaun

Sumbangan kewangan sangat-sangat dialu-alukan demi menjayakan tugas kemasyarakatan ini. Anda boleh salurkan sumbangan ke akaun:
PEMANGKIN HALUAN
No Akaun: 12-047-01-004283-4
Bank Islam Malaysia Berhad

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007