Pelajar SMK Mahmud Mahyidin Teruja Dengan Kem SATRIA 21

E-mail Print PDF

Unit Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan telah bekerjasama dengan HALUAN Kelantan bagi menjayakan Kem Sahsiah Remaja Terpuji (SATRIA 21) dari 29hb hingga 31hb Oktober 2009 lalu. Objektif utama program ini adalah untuk membina sahsiah dan jatidiri pelajar.

Masalah remaja masakini... mereka fikirkan sendiri jalan penyelesaianSeramai 400 pelajar tingkatan 1 dan 2 telah menyertai kem yang diadakan diperkarangan sekolah tersebut. Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan, di mana program untuk Kumpulan 1 telah diadakan dari 29hb hingga 30hb Oktober, manakala Kumpulan Kedua pula mengikutinya dari 30hb hingga 31hb Oktober.

Seramai 30 orang fasilitator dari Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Kelantan dan Kelab Fasilitator Harapan (KAFAH) Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah memberi khidmat, mendidik dan berbakti di sepanjang program tersebut. Para fasilitator ini telah diketuai oleh Sdr. Suhaib Shafie.

Guru Kaunseling sekolah, Cikgu Aisyah melahirkan rasa amat gembira dengan penglibatan fasilitator mahasiswa HALUAN yang bertugas bertungkus-lumus mendidik para pelajar terbabit. Beliau berharap para peserta telah mendapat manfaat dan menimba ilmu di sepanjang mereka mengikuti pelbagai modul yang dijalankan. Menurut Cikgu Hidayah, beliau mendapat respon yang amat baik dari peserta, sehingga ada peserta yang meminta kem SATRIA 21 ini dilanjutkan kepada 3 hari. Ada juga peserta yang meminta diadakan selama seminggu, kerana teruja dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti padang menambahkan keceriaanMajlis penutup SATRIA 21 ini telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Mahmud Mahyidin, Pn. Hajjah Nik Raina Nik Taib. HALUAN Kelantan telah diwakili oleh Timb. Yang Di Pertua HALUAN Kelantan, Cikgu Kamarudin Deraman.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007