GUNUNG JERAI, 25 Julai - Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) Zon Utara dengan kerjasama Kelab Diskusi Islam, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah berjaya mengadakan program Outbound Gunung Jerai 2009 dari 25 hingga 26 Julai lalu.
Program yang diadakan di Pusat Rekreasi Gunung Jerai ini telah disertai oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa yang datang dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bahagian wilayah zon utara, termasuklah pelajar PTSS sendiri. Tema program pada kali ini ialah “Jadikan Hidup mu Semanis Coklat”.
Sila Ikuti laporan lengkap di Laman Web HALUANSiswa.










