MGB Terengganu Ambil Berat Permasalahan Palestin

E-mail Print PDF

altMajlis Guru Besar Terengganu dengan kerjasama HALUAN Cawangan Terengganu telah berjaya mengadakan Ceramah Perkongsian Pengalaman aktivis Lifeline For Gaza yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang Terengganu.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis Guru Besar Terengganu, Tuan Hj Yusuf bin Karim. Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa bangganya kerana diantara sukarelawan HALUAN yang terlibat dalam konvoi LL4G adalah seorang pendidik, Ustaz Al-Hami Husain Suhaimi, Ketua Unit Pendidikan Islam Teras, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang yang juga merupakan Timb. YDP HALUAN Cawangan P.Pinang.

Program dihadiri lebih kurang 250 orang yang terdiri dari pengetua, gurubesar, guru penolong kanan dan guru-guru.

 

alt

 

Kehadiran Ustaz Al-Hami Husain Suhaimi turut diiringi oleh YDP Haluan Terengganu, En.Ishak Yusuf dan Pengerusi HALUANPalestin Terengganu En.Mohd Jamil bin Muda.

Semua hadirin merasa begitu tersentuh dengan perkongsian pengalaman dan berpuas hati dengan penerangan Ustaz Al-Hami Husain Suhaimi.

Di sebelah malamnya pula, Ustaz Al-Hami Husain Suhaimi menyampaikan ceramahnya di masjid Felda Jerangau Hulu Terengganu.

 

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007