5.2. OPERASI VISI DAN MISI HALUAN
5.2.1. VISI HALUAN
Visi HALUAN, HALUAN Perubah dan Pemimpin Masyarakat.
Visi ini membawa maksud tentang unjuran peranan HALUAN dalam masyarakat. Kepimpinan dan ahli HALUAN perlu memahami dan merasai ianya sebagai satu amanah, tugas dan tanggungjawab besar yang mempunyai akauntabiliti di hadapan Allah SWT. HALUAN memulakan langkahnya dalam agenda perubahan ini dengan melaksanakan proses pembinaan (tarbiah) di tahap diri, keluarga dan masyarakat secara serentak kerana ianya merupakan kunci kepada perubahan. Pembinaan jiwa adalah WAJIB dilakukan sebagai ubudiah terhadap Allah SWT sesuai dengan firmanNya, yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d:11)



Dalam menjalankan operasi mendidik dan berbakti, ahli HALUAN hendaklah sentiasa cermat dan berhati-hati supaya amalan soleh yang dilakukan sentiasa menjurus kepada amal qowi. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kepimpinan semua peringkat untuk mewujudkan bi'ah (persekitaran) berkerja bagi semua ahli HALUAN sesuai dengan perkembangan, kemampuan, peningkatan cita-cita dan keluasan wawasan mereka. Jika bi'ah ini tidak diwujudkan, anggota berpotensi tidak dapat disalurkan kepada amal soleh.
Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah swt. Kita ucapkan solawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad saw, seluruh keluarga dan sahabatnya, serta siapa sahaja yang berdakwah mengikut jalan Rasulullah saw hingga hari qiamat.







