Prof Qaradhawi Menyeru Umat Islam Membebaskan Al-Quds Dan Masjid Aqsa
Monday, 21 May 2007 08:28
11 Oktober 2006, Doha: Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi menyeru seluruh umat Islam agar bersedia untuk membebaskan Masjid Al Aqsa dan al-Quds yang kini dijajah oleh Israel. Seruan Al-Qaradhawi dibuat pada hari pertama "Hari Siber Al-Quds Ke-4", di mana beliau mengajak dunia Arab dan seluruh umat Islam untuk tetap dan terus memberi perhatian kepada permasalahan Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa sebagai suatu perkara yang sangat penting, dan tidak membiarkan rakyat Palestin berhadapan dengan kerakusan Israel bersendirian.
Read more...
|
Rejim Zionis : Kejahatan Yang Tiada Pengakhiran?
Wednesday, 21 February 2007 08:23
Rejim Zionis kini masih membantai bumi Lubnan walaupun telah diisytiharkan gencatan senjata! Ribuan tentera telah mereka kerahkan memasuki persempadanan Lubnan. Keadaan di Lubnan menjadi tragis, mengharukan dan menyedihkan buat umat Islam yang prihatin. Begitu juga keadaan di Semenanjung Gaza – yang merupakan tanah-tanah penduduk Palestin – kembali bergolak dengan aksi-aksi kejahatan yang tiada taranya. Para tentara rejim zionis, menggunakan meriam, kereta kebal, helikopter dan pesawat-pesawat tempur, meningkatkan pembantaian terhadap rakyat Palestin, terutama di Semenanjung Gaza. Pembunuhan terhadap rakyat Palestin oleh pasukan militer zionis, sudah merupakan kegiatan rutin dan kebiasaan bagi para pejabat Tel Aviv. Puluhan tahun Palestin telah dijajah oleh kaum zionis, dan selama itu jutaan orang Palestin terpaksa tinggal di khemah-khemah pelarian sementara di beberapa negara. Kini mereka memperluaskan penguasaan dan kezaliman ke Lubnan semata-mata kononnya untuk membebaskan 3 orang askar mereka yang telah di tawan.
Read more...
Setelah 37 Tahun Pembakaran Masjid al-Aqsa...
Wednesday, 21 February 2007 08:13
Hari Isnin 21 Ogos adalah hari peringatan ke-37 tahun sejarah pembakaran Masjid Al-Aqsa. Hingga ke saat ini, ancaman pembakaran tersebut masih terasa, terutama dai kalangan Yahudi yang radikal, selaras dengan peningkatan projek meYahudikan wilayah al-Quds dan projek merobohkan Masjid Al-Aqsa oleh rejim Israel. Pada tarikh ini dalam tahun 1969, tangan-tangan durhaka dan penuh dengki telah membakar masjid yang penuh barakah ini, yang merupakan kiblat pertama umat Islam, wilayah al-Haram ketiga dalam Islam, dan tempat mi'rajnya Rasulullah saw ke Sidratul Muntaha. Kini masjid ini berada dalam bahaya ancaman golongan Yahudi radikal yang ingin menguasai tempat-tempat suci umat Islam di wilayah Palestin yang terjajah.
Read more...
|
Ancaman Tembok Pemisah Kepada Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa
Wednesday, 21 February 2007 08:06
Tahun 1948 Israel telah mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah Negara selepas menjajahi lebih kurang 78% daripada bumi Palestin dan menghalau rakyat Palestin keluar dari rumah mereka. Seterusnya pada 1967, Israel merampas 22% yang selebihnya daripada rakyat Palestin, dan sehingga kini rakyat Pealestin kekal di bawah jajahan mereka. Seperti apa yang kita dengar selama ini, kini israel sedang membina yang dikatakan sebagai ’pagar keselamatan di sekeliling Tebing Barat, dengan alasan ianya diperlukan untuk menghalang pengganas-penggnas Palestin dari memasuki Israel. Realitinya, ia tidak lebih dari sebuah penjara kerana pembinaan tembok itu di dalam kawasan Tebing Barat, Palestin. Tambahan pula tembok yang dibina begitu strategik dan telah diubahsuai di beberapa bahagian tempat bagi tujuan memisahkan pebempatan dan tanah Palestin daripada rakyat Palestin itu sendiri yang tinggal di 50 perkampungan yang berasingan. Malahan pembinaan tembok ini telah memisahkan para petani dari kebun mereka dan ia juga telah memisahkan kanak-kanak dari sekolah-sekolah mereka. Tambahan pula sebilangan petani telah dihalau daripada tanah yang selama ini menjadi milik mereka dengan memberitahu bahawa tanah itu telah menjadi milik Israel sekarangDengan itu timbullah kesan dari pembinaan tembok itu, ribuan rakyat Palestin yang kini tidak mempunyai pekerjaan. Apabila pembinaan itu siap, rakyat Palestin di Tebing Barat bakal kehilangan lebih 50 % daripada tanah mereka. Dengan jumlah lebih kurang 3.5 juta rakyat Palestin terpaksa tinggal dalam keadaan seraba kekurangan.
Read more...
Meniti Jalan Ke Al-Aqsa
Wednesday, 21 February 2007 07:31
Lebih tujuh tahun yang lalu, Israel telah menandatangani satu perjanjian perancangan lima tahun untuk berdamai dengan rakyat Palestin. Namun sehingga ke hari ini, Israel sama-sekali tidak pernah menunaikan perjanjian mereka, malahan rakyat Palestin terus dinafikan hak-hak mereka di bumi mereka sendiri. Lima juta rakyat Palestin terpaksa berteduh di kem-kem Pelarian dalam serba kedhoifan. Rumah-rumah mereka dirobohkan untuk membina penempatan-penempatan baru Yahudi. Mereka dihalau, samada dengan cara kekerasan ataupun tekanan ekonomi.
Read more...
|
|
|
|
|
|
|
Page 3 of 4 |