Meniti Jalan Ke Al-Aqsa

Kewajiban Umat Islam Terhadap Palestin

E-mail Print PDF

Palestin Adalah Masalah Utama Umat Islam
Tidak ada tanah yang lebih bergolak selain daripada Palestin. Sejarah Palestin adalah sejarah panjang peperangan. Palestin adalah pusat tiga agama dan peradaban besar: Islam, Kristian, dan Yahudi. Ketiga-tiganya saling mempertahankan kewujudannya di atas tanah suci ini. Inilah tempat bertemunya bangsa-bangsa di satu titik konflik dalam jangka waktu yang sangat panjang. Tapi satu perkara yang pasti, Palestin bukanlah tanah kosong tanpa bangsa (the land without nation), bukan pula milik Zionis Israel, sebuah bangsa yang tidak memiliki tanah (the nation without land).

Bagi umat Islam Palestin, adalah masalah utama kerana Palestin merupakan tanah waqaf umat Islam. Di sana terdapat Al-Masjid Al-Aqsha, tempat para nabi dan rasul, tempat Isra’ Rasulullah saw., dan tempat yang sangat diberkati Allah swt.

Read more...
 

Pembebasan 250 tahanan Fatah hanya satu rasuah politik?

E-mail Print PDF

RAMALLAH, Tebing Barat – 19 Julai 2007. Rejim Zionis Israel telah membebaskan seramai lebih 250 orang tawanan Palestin pro-Fatah, dalam cubaan untuk menaikkan nama dan kedudukan Presiden Mahmoud Abbas yang kini sedang berhadapan dengan konflik politik. Pembebasan itu merupakan hadiah kepada usaha Presiden pihak berkuasa Palestin (PA) menjatuhkan kerajaan bersekutu yang dipilih oleh rakyat Palestin secara sah, pimpinan HAMAS.

Sebelum ini, seorang pemimpin Fatah, Zeyad Abu Ain, mendakwa bahawa seramai 30 orang daripada tawanan yang dibebaskan adalah daripada Hamas. Namun, setelah diperiksa senarai nama mereka yang dibebaskan, ternyata tidak seorangpun daripada mereka yang dibebaskan telah ditahan atau dipenjara kerana terlibat dengan aktiviti-aktiviti Hamas. Menurut jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, dakwaan itu hanyalah semata-mata bertujuan menutup malu Presiden Abas, memandangkan kesemua mereka yang dibebaskan adalah daripada golongan Fatah.

Read more...
 

Dialog Bersama Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam

E-mail Print PDF

HALUAN Malaysia telah menziarahi dan mengadakan dialog dengan Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam, yang merupakan Mantan Rektor Universiti Islam Ghaza, Palestin. Beliau juga merupakan salah seorang daripada 5 khatib jemputan di Masjid Aqsa, Palestin. Antara yang hadir ialah Presiden HALUAN Dr. Abdullah Sudin, Setiausaha Agung HALUAN Dr. Azizan Ahmad, exco-exco HALUAN, YDP HALUAN Selangor Dr. Ahmad Makinuddin Dahlan dan para aktivis HALUAN. Ikuti dialog HALUAN bersama dengan Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam.

Read more...
 

Hari Kanak-Kanak Sedunia - Israel Korbani 868 Kanak-Kanak Palestin

E-mail Print PDF

Dunia masih memperingati hari Kanak-kanak sedunia dengan meriah, setiap 20 Oktober di Malaysia. Namun anak-anak di Palestin memperingatinya dengan darah, air mata, kekerasan, kemiskinan dan hak-hak mereka tercabul. Padahal hak itu katanya dilindungi oleh hukum antarabangsa dengan peruntukan undang-undang tersendiri yang merupakan sebahagian dari hak masyarakat secara umum. Hak-hak itu di antaranya soal perkembangan anak-anak dalam konteks pendidikan, pembangunan fizikal dan sosial, jaminan kebebasan berpendapat. Kesepakatan ini merupakan dukungan terhadap kesihatan dan kelangsungan masyarakat.

Read more...
 

Kekejaman Yahudi

E-mail Print PDF

Saudaraku kaum muslimin sekalian,

Bertakwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Pada hari ini, marilah kita merenung sejenak kepada firman Allah SWT yang memberi peringatan kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan rancangan jahat musuh-musuh Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati menusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yahudi dan orang-orang musyrik….” (al-Maidah: 82)

Read more...
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  Next 
  •  End 
  • »
Page 1 of 3

Makluman HALUAN Palestin


HALUAN telah menubuhkan Sekretariat HALUAN Palestin bagi memberi tumpuan khusus kepada permasalahan Palestin. Maklumat dan bahan bacaan terkini tentang Palestin dan isu yang berkaitan boleh dicapai di laman blog HALUANPalestin.

Tahukah Anda?

Israel memperuntukan 85% bekalan air kepada Yahudi, sementara baki 15% dibahagikan di kalangan bangsa Palestin. Seperti di Hebron, 85% bekalan diberikan kepada 400 penduduk haram Yahudi, manakala 15% dibahagi-bahagikan di kalangan 120,000 bangsa Palestin.

Anda Ingin Menyumbang?

Anda Ingin Menyumbang?  Aktiviti dan program HALUAN bergantung kepada pelbagai bentuk sumbangan dan sukarelawan. Anda boleh turut membantu!


Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007