Makan Malam Amal Untuk Dana Palestin

E-mail Print PDF

altShah Alam, 3 FEBRUARI 2010 – Biro HALUAN Palestin dengan kerjasama HALUANITA Pusat dan HALUANITA Selangor serta beberapa NGO lain yang terdiri dari Mawaddah, JIM, Jamae’, KISPA, AMAN Palestin, Dewan Pemuda Masjid dan PACE telah mengadakan Majlis Makan Malam Amal ‘Palestin Kamu Tidak Dilupakan’ di Grand Ballroom De Palma Hotel Shah Alam Selangor. Makan Malam Amal ini di adakan bertujuan mengutip dana untuk disumbangkan kepada Robitah Ulama’ Palestin dalam siri lawatan 7 hari mereka ke Malaysia baru-baru ini.

Wakil Robitah Ulama’ Palestin yang hadir pada malam tersebut adalah Syeikh Hussein Saqar Al Awawidah, Syeikh Ziad Said Al Qishawi dan Maher Ramli. Turut hadir pada malam tersebut adalah wakil-wakil NGO antaranya , Utz. Darus Senami Ali (Timbalan Presiden HALUAN Malaysia), Prof. Madya Dr.Nik Muktasim Ab Rahman (Yang Di Pertua HALUAN Selangor), Utz. Soleh Saad (Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya), Dato’ Safaruddin (MAWADDAH), Prof. Dato’ Dr. Abu Azam Mad Yasin (Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej Teknologi Darunaim) Dr. Zainur Rashid (Aktivis AMAN Palestin), En.Halimi Safari (JIM) dan Utz. Zikrullah (KISPA).

alt alt

Wakil NGO wanita yang turut hadir adalah Utzh.Maznah Daud (MAWADDAH), Datin Noraini Mat Top (MAWADDAH), Pn.Marzian Ahmad Nordin (JIM), Pn. Alfiah Samingan (Ketua HALUANITA Pusat) dan Pn. Salmah Yono (Ketua HALUANITA Selangor).

Ketua Biro HALUAN Palestin Tn. Hj. Noorazman bin Samsudin dalam ucapannya menyeru agar umat Islam memahami dan merasai bahawa perjuangan mempertahankan bumi palestin dan Masjidil Aqsa dari jatuh ke tangan Israel adalah kewajiban seluruh umat, bukan penduduk Palestin semata-mata.

Seramai 200 orang dermawan yang terdiri daripada golongan professional dan bukan professional telah hadir . Pihak penganjur menganggarkan jumlah dana yang dapat dikumpul pada malam tersebut adalah sebanyak RM40,000/=

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan penjualan hasil kraf tangan wanita Palestin oleh ahli HALUANITA sebagai usaha membantu ibu-ibu tunggal dan anak yatim yang menjadi mangsa peperangan di Gaza.

alt

Menurut keterangan wakil Robitah Ulama’ Palestin, dana ini akan digunakan bagi membiayai sara hidup dan perubatan ibu-ibu tunggal serta pendidikan anak-anak yatim  mangsa peperangan di Gaza yang dihimpit kemiskinan dan penderitaan. 

 

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007