Majlis berbuka puasa HALUAN Johor di Parit Salam

E-mail Print PDF

4 September 2009, Batu Pahat - Kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini membuka ruang yang luas untuk ahli-ahli HALUAN menggiatkan lagi program bersama masyarakat. HALUAN Johor tidak ketinggalan mengambil peluang untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Masjid Parit Salam, Batu Pahat pada hari Jumaat, 4 September baru lalu. Kira-kira 100 orang penduduk setempat termasuk kanak-kanak telah menjayakan program ini.

Selain dari dapat meningkatkan ibadah-ibadah lazim di bulan puasa, program ini juga telah dapat mengeratkan lagi hubungan ukhuwah ahli-ahli HALUAN bersama masyarakat setempat.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YDP HALUAN Johor, Hj Kamaruzaman Ghazali. Dalam penyampaian tazkirah ringkasnya, beliau telah menyentuh tentang perlunya umat Islam mengambil peluang di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk meningkatkan taqwa kepada Allah swt. Untuk tujuan itu, antara perkara yang harus diberi perhatian adalah untuk bertadabbur dengan al-Quran.

 

Hj Kamaruzaman turut mengingatkan bahawa program bersama masyarakat seumpama ini harus diteruskan di masa akan datang supaya ahli-ahli HALUAN dan juga masyarakat seluruhnya dapat sama-sama membina masyarakat yang saling bantu-membantu dalam perkara kebajikan, sesuai dengan moto HALUAN iaitu "Berakhlak, Mendidik dan Berbakti."

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007