Lebih 350 Relawan Bergotong-royong di KTD, Kelantan

E-mail Print PDF

Program Gotong Royong Perdana anjuran bersama HALUAN Malaysia dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah berjalan dengan lancar dan penuh kemeriahan. Program yang telah dijalankan di Kampus KTD, Pengkalan Chepa, pada dari Sabtu 7hb November 2009 telah dihadiri oleh lebih 350 orang relawan. Mereka bersama-sama mencurah keringat dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

HALUAN Malaysia telah menghantar seramai 150 orang relawan dari seluruh semenanjung bagi menjayakan program tersebut. Manakala seramai 200 orang lagi relawan adalah dari kalangan mahasiswa dan kakitangan KTD sendiri. KTD adalah merupakan sebuah kolej angkat kepada HALUAN Malaysia.

Program gotong royong perdana yang julung-julung kali diadakan di KTD ini menjadi medan kepada ahli HALUAN mengenali KTD dengan lebih dekat lagi. Pelbagai kerja-kerja pembersihan dan mengecat kampus dijalankan secara amal jami'e. Gotong royong ini telah mengeratkan lagi jalinan ukhwah di antara relawan.  

 

 

 

Kemuncak kepada program gotong royong ini adalah perjumpaan khas relawan HALUAN dan majlis makan malam bersama Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) Pengkalan Chepa, Kelantan pada jam 5.00 petang.

Semoga amal-amal mereka yang terlibat menjayakan program ini diberkati Allah swt. Diharapkan KTD akan terus berjaya melahirkan generasi pewaris yang dapat memperkukuhkan lagi dakwah dan tarbiyah masa depan.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007