Kelab Remaja HALUAN

99 Pelajar Hayati Sirah Rasulullah SAW di RiMBA

E-mail Print PDF

Kangar, 14 Mac - Kem Rekreasi Minda Bestari ke-3 (RiMBA3) telah dijalankan pada 12 dan 13 Mac yang lalu di Eagle Park Resort, Bukit Ayer Perlis. Kem yang dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN Perlis (KeARAH Perlis) ini disertai oleh 47 orang peserta lelaki dan 52 orang peserta perempuan yang terdiri daripada murid sekolah rendah di sekitar Perlis dan bahagian utara Kedah.

Read more...
 
E-mail Print PDF

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) adalah salah sebuah kelab di bawah HALUAN yang melaksanakan aktiviti pendidikan yang melibatkan remaja yang masih di bangku sekolah rendah dan menengah.  KeARAH bermottokan ‘ke hadapan, aktif dan responsif’ telah melakukan pelbagai pendekatan bagi menarik minat golongan remaja untuk melibatkan diri dalam program-program pembangunan insan, kecemerlangan akedamik, di samping melatih mereka dalam aktiviti  kemasyarakatan dan kesukarelaan.

Objektif KeARAH

  • Membantu institusi kemasyarakatan dan keluarga dalam pendidikan remaja berlandaskan  modul yang bersepadu dan terancang.
  • Memahami dan menyelidiki isu dan kecenderungan remaja dalam menangani permasalahan yang dihadapi.
  • Mewujudkan jaringan dan kerjasama dengan institusi dan NGO yang mempunyai tujuan yang sama.

Aktiviti
KeARAH giat mengadakan aktiviti yang sesuai untuk remaja samada di peringkat kebangsaan mahupun negeri. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah:

  • Perkhemahan Kem Minda Kreatif
  • Program Khidmat Bakti Masyarakat HALUAN (KHIDMAH)
  • Lawatan-lawatan
  • Perlawanan Sukan seperti Futsal dan bolasepak

Hubungi KeARAH
Pusat: Mohd Nasarudin bin Abdul Manaf
No Telefon 019 5592042 – E mail This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007