Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) adalah salah sebuah kelab di bawah HALUAN yang melaksanakan aktiviti pendidikan yang melibatkan remaja yang masih di bangku sekolah rendah dan menengah. KeARAH bermottokan ‘ke hadapan, aktif dan responsif’ telah melakukan pelbagai pendekatan bagi menarik minat golongan remaja untuk melibatkan diri dalam program-program pembangunan insan, kecemerlangan akedamik, di samping melatih mereka dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan.
Objektif KeARAH
- Membantu institusi kemasyarakatan dan keluarga dalam pendidikan remaja berlandaskan modul yang bersepadu dan terancang.
- Memahami dan menyelidiki isu dan kecenderungan remaja dalam menangani permasalahan yang dihadapi.
- Mewujudkan jaringan dan kerjasama dengan institusi dan NGO yang mempunyai tujuan yang sama.
Aktiviti
KeARAH giat mengadakan aktiviti yang sesuai untuk remaja samada di peringkat kebangsaan mahupun negeri. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah:
- Perkhemahan Kem Minda Kreatif
- Program Khidmat Bakti Masyarakat HALUAN (KHIDMAH)
- Lawatan-lawatan
- Perlawanan Sukan seperti Futsal dan bolasepak
Hubungi KeARAH
Pusat: Mohd Nasarudin bin Abdul Manaf
No Telefon 019 5592042 – E mail
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it