Kelab Remaja HALUAN

E-mail Print PDF

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) adalah salah sebuah kelab di bawah HALUAN yang melaksanakan aktiviti pendidikan yang melibatkan remaja yang masih di bangku sekolah rendah dan menengah.  KeARAH bermottokan ‘ke hadapan, aktif dan responsif’ telah melakukan pelbagai pendekatan bagi menarik minat golongan remaja untuk melibatkan diri dalam program-program pembangunan insan, kecemerlangan akedamik, di samping melatih mereka dalam aktiviti  kemasyarakatan dan kesukarelaan.

Objektif KeARAH

  • Membantu institusi kemasyarakatan dan keluarga dalam pendidikan remaja berlandaskan  modul yang bersepadu dan terancang.
  • Memahami dan menyelidiki isu dan kecenderungan remaja dalam menangani permasalahan yang dihadapi.
  • Mewujudkan jaringan dan kerjasama dengan institusi dan NGO yang mempunyai tujuan yang sama.

Aktiviti
KeARAH giat mengadakan aktiviti yang sesuai untuk remaja samada di peringkat kebangsaan mahupun negeri. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah:

  • Perkhemahan Kem Minda Kreatif
  • Program Khidmat Bakti Masyarakat HALUAN (KHIDMAH)
  • Lawatan-lawatan
  • Perlawanan Sukan seperti Futsal dan bolasepak

Hubungi KeARAH
Pusat: Mohd Nasarudin bin Abdul Manaf
No Telefon 019 5592042 – E mail This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Tahukah Anda?

Anda mampu bertahan tanpa makanan untuk hampir sebulan. Tetapi, tanpa air minuman, anda hanya mampu bertahan untuk seminggu. Dengan izin Allah.

Anda Ingin Menyumbang?

Anda Ingin Menyumbang?  Aktiviti dan program HALUAN bergantung kepada pelbagai bentuk sumbangan dan sukarelawan. Anda boleh turut membantu!


Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007