Kelab Kesihatan HALUAN

E-mail Print PDF

Pengenalan

Kelab Kesihatan Haluan (KKH) adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di dalam HALUAN.  KKH mula bergerak aktif dalam masyarakat bermula tahun 2004.

Keahlian KKH terdiri dari ahli kehormat, ahli biasa dan ahli bersekutu:

  1. Ahli kehormat di anugerahkan kepada individu yang banyak berjasa kepada KKH dan masyarakat dan ini dipersetujui di dalam mesyuarat agung tahunan.
  2. Ahli biasa adalah ahli KKH yang juga ahli HALUAN MALAYSIA yang telah menjalani latihan dan modul dalam HALUAN MALAYSIA.
  3. Ahli bersekutu adalah terdiri daripada pelajar-pelajar di dalam institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah dan juga ahli baru yang kurang dari tiga tahun sebelum memenuhi syarat menjadi ahli biasa.
Semua ahli KKH akan diberikan kad dan nombor keahlian.

Visi KKH

Visi KKH ialah untuk menjadi satu badan bukan kerajaan yang terlibat dalam aktiviti memberikan khidmat dan pendidikan kesihatan dan perubatan yang unggul di negara ini dan juga dalam arena antarabangsa.


Misi KKH

KKH bergerak dengan misi “Berbakti dan Mendidik”. Misi KKH adalah untuk berbakti dan mendidik masyarakat ke arah perubahan. Perubahan yang diharapkan ialah ke arah kebaikan di dunia dan akhirat. Kita menggunakan pendekatan kesihatan dan perubatan untuk mengajak masyarakat kembali kepada tujuan kehidupan yang sebenar. KKH tidak bergerak sendirian, bahkan adalah pelengkap kepada semua aktiviti dalam HALUAN MALAYSIA.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan

  • Ceramah kesihatan
  • Bantuan perubatan kepada mangsa Tsunami di Acheh, Indonesia dengan penghantaran pasukan relawan dan bantuan ubat-ubatan. Di Acheh, KKH telah bekerjasama rapat dengan Bulan Sabit Merah Indonesia.

Perancangan aktiviti -aktiviti lain

  • Bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa bencana di negara ini dan luar negara.
  • Khidmat perubatan percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.
  • Pendidikan perubatan dan kesihatan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
  • Klinik Kelab Kesihatan Haluan.
  • Ceramah-ceramah kesihatan.
  • Penerbitan buletin pendidikan kesihatan dan perubatan untuk masyarakat umum.
  • Mengedarkan pamplet dan risalah pendidikan kepada pesakit di hospital.  
  • Menganjurkan bengkel perlaksanaan ibadah semasa sakit . 

Organisasi KKH (Sesi 2009/10)

PengerusiDr Basir Towil
Naib PengerusiDr Mansor Yahya
SetiausahaDr Ahmad Zabidin Zakaria
Penolong SetiausahaDr Akmal Dahlan
BendahariDr Siti Mariam Sh. Ahmad
Penolong BendahariDr Nor Azian Hasnan
Juru Audit Dalaman1. Pn Deli Suriana
2. Dr Herlina Mustaffa
  
Misi Kemanusiaan1. Dr Roniyuzam Abd Malek
2. Dr Kursiah Mohd Razali
Khidmat Kesihatan1. Dr Suraiya Ibrahim
2. Dr Wan Zalilah
3. Dr Diyana
Institut Pengajian TinggiDr Burhanuddin Busu
Penerangan dan Seranta1. Sdr Yusman Nawazir
2. Dr Farhan
Projek Khas Hospital1. Sdr Azmi Yaakob
2. Dr Mohd Zamrin Dimon
Projek Khas Sekolah/KKR 1. Dr Nor Azian Hasnan
2. Sdr Yusman Nawazir
Penerbitan1. Zahir Zainuddin
2. Dr Syarifah Haida
3. Pn Fatimah Syarha
Wakil-wakil Negeri:  
PerlisDr Noram Azlan Ramli
KedahDr Mohd Fauzy Mat Sani
Pulau PinangHusnah Ismail
PerakDr Ismail Ibrahim
Negeri SembilanDr Laila
Melaka Dr Khairiah
JohorDr Baharuddin Suri
PahangDr Asmarawati Md Yatim
TerengganuDr Azman Abd Wahab
KelantanDr Rosdan Salim
SarawakDr Norehan Ibrahim
SabahDr Fatimah Abdul Majid

Hubungi KKH

Anda boleh hubungi KKH melalui Setiausaha KKH - Dr Ahmad Zabidin Zakaria (019 981 1629.)

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007