Pengenalan
Kelab Kesihatan Haluan (KKH) adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di dalam HALUAN. KKH mula bergerak aktif dalam masyarakat bermula tahun 2004.
Keahlian KKH terdiri dari ahli kehormat, ahli biasa dan ahli bersekutu:
- Ahli kehormat di anugerahkan kepada individu yang banyak berjasa kepada KKH dan masyarakat dan ini dipersetujui di dalam mesyuarat agung tahunan.
- Ahli biasa adalah ahli KKH yang juga ahli HALUAN MALAYSIA yang telah menjalani latihan dan modul dalam HALUAN MALAYSIA.
- Ahli bersekutu adalah terdiri daripada pelajar-pelajar di dalam institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah dan juga ahli baru yang kurang dari tiga tahun sebelum memenuhi syarat menjadi ahli biasa.
Semua ahli KKH akan diberikan kad dan nombor keahlian.
Visi KKH
Visi KKH ialah untuk menjadi satu badan bukan kerajaan yang terlibat dalam aktiviti memberikan khidmat dan pendidikan kesihatan dan perubatan yang unggul di negara ini dan juga dalam arena antarabangsa.
Misi KKH
KKH bergerak dengan misi “Berbakti dan Mendidik”. Misi KKH adalah untuk berbakti dan mendidik masyarakat ke arah perubahan. Perubahan yang diharapkan ialah ke arah kebaikan di dunia dan akhirat. Kita menggunakan pendekatan kesihatan dan perubatan untuk mengajak masyarakat kembali kepada tujuan kehidupan yang sebenar. KKH tidak bergerak sendirian, bahkan adalah pelengkap kepada semua aktiviti dalam HALUAN MALAYSIA.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
- Ceramah kesihatan
- Bantuan perubatan kepada mangsa Tsunami di Acheh, Indonesia dengan penghantaran pasukan relawan dan bantuan ubat-ubatan. Di Acheh, KKH telah bekerjasama rapat dengan Bulan Sabit Merah Indonesia.
Perancangan aktiviti -aktiviti lain
- Bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa bencana di negara ini dan luar negara.
- Khidmat perubatan percuma kepada masyarakat yang kurang berkemampuan.
- Pendidikan perubatan dan kesihatan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.
- Klinik Kelab Kesihatan Haluan.
- Ceramah-ceramah kesihatan.
- Penerbitan buletin pendidikan kesihatan dan perubatan untuk masyarakat umum.
- Mengedarkan pamplet dan risalah pendidikan kepada pesakit di hospital.
- Menganjurkan bengkel perlaksanaan ibadah semasa sakit .
Organisasi KKH (Sesi 2009/10)
| Pengerusi | Dr Basir Towil |
| Naib Pengerusi | Dr Mansor Yahya |
| Setiausaha | Dr Ahmad Zabidin Zakaria |
| Penolong Setiausaha | Dr Akmal Dahlan |
| Bendahari | Dr Siti Mariam Sh. Ahmad |
| Penolong Bendahari | Dr Nor Azian Hasnan |
| Juru Audit Dalaman | 1. Pn Deli Suriana 2. Dr Herlina Mustaffa |
| Misi Kemanusiaan | 1. Dr Roniyuzam Abd Malek 2. Dr Kursiah Mohd Razali |
| Khidmat Kesihatan | 1. Dr Suraiya Ibrahim 2. Dr Wan Zalilah 3. Dr Diyana |
| Institut Pengajian Tinggi | Dr Burhanuddin Busu |
| Penerangan dan Seranta | 1. Sdr Yusman Nawazir 2. Dr Farhan |
| Projek Khas Hospital | 1. Sdr Azmi Yaakob 2. Dr Mohd Zamrin Dimon |
| Projek Khas Sekolah/KKR | 1. Dr Nor Azian Hasnan 2. Sdr Yusman Nawazir |
| Penerbitan | 1. Zahir Zainuddin 2. Dr Syarifah Haida 3. Pn Fatimah Syarha |
| Wakil-wakil Negeri: | |
| Perlis | Dr Noram Azlan Ramli |
| Kedah | Dr Mohd Fauzy Mat Sani |
| Pulau Pinang | Husnah Ismail |
| Perak | Dr Ismail Ibrahim |
| Negeri Sembilan | Dr Laila |
| Melaka | Dr Khairiah |
| Johor | Dr Baharuddin Suri |
| Pahang | Dr Asmarawati Md Yatim |
| Terengganu | Dr Azman Abd Wahab |
| Kelantan | Dr Rosdan Salim |
| Sarawak | Dr Norehan Ibrahim |
| Sabah | Dr Fatimah Abdul Majid |
Hubungi KKH
Anda boleh hubungi KKH melalui Setiausaha KKH - Dr Ahmad Zabidin Zakaria (019 981 1629.)



Tembok Pemisah yang dibina secara haram di atas bumi Palestin oleh rejim haram Israel adalah sepanjang 730km. Ketinggiannya adalah 8 meter, dua kali ganda ketinggian Tembok Berlin. Kos binaannya adalah US$3.4billion, iaitu US$4.7m per km.







