Kelab HALUAN Fitrah

E-mail Print PDF

Kelab HALUAN Fitrah dibentuk di bawah Biro Penerangan dan Hubungan Luar pada lewat tahun 2008 dengan hasrat mendekati 3 kelompok utama masyarakat:
 
1. Para mualafah yang ingin memahami Islam,
2. Kelompok non-Muslims yang mencari alternatif makna kehidupan, dan
3. Orang-orang asli di pendalaman.
 
Pada awal 2009, Kelab ini telah melakukan beberapa sesi penerangan kepada ahli-ahli HALUAN setempat dan membentuk jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat dan negeri. Di antara negeri yang memberikan sambutan positif adalah Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
 
Sehingga akhir tahun 2009, Kelab HALUAN Fitrah akan menumpukan kepada 3 aktiviti utama:
 
1. menerbitkan blog dakwah untuk non-Muslim,
2. menerbitkan helaian makalah dua bulan sekali di atas nama Kelab untuk edaran umum, dan
3. memulakan aktiviti panduan hidup Islami kepada orang asli di daerah Kelang.
 
Semoga setiap ahli HALUAN dan relawan yang prihatin dan berkemampuan dapat bersama-sama Kelab HALUAN Fitrah turun membantu kerja-kerja pengislahan masyarakat ini.


Kelab HALUAN Fitrah dipimpin oleh:
Pengerusi: Yusman Nawazir
Naib Pengerusi: Wan Rafi Wan Hussin

Ketua Unit Non-Muslim: Mohd Taib Pardi
Ketua Unit Orang Asli: Cikgu Khairuddin Hamzah
Ketua Unit Saudara Baru: - akan dimaklumkan kemudian -

Ketua Kelab Kedah: Ustaz Mohd Naim Abdullah
Ketua Kelab Pulau Pinang:  Abdullah Abdul Aziz
Ketua Kelab Perak:  Jumat Kardiman
Ketua Kelab Kelantan:  Zulkifli Wili

 

Tahukah Anda?

Sebelum tahun 1948, terdapat 475 bandar dan perkampungan dimiliki dan diduduki bangsa Palestin. Kini, 385 daripadanya telah "dihilangkan" oleh rejim haram Israel, sudah tidak wujud lagi.

Anda Ingin Menyumbang?

Anda Ingin Menyumbang?  Aktiviti dan program HALUAN bergantung kepada pelbagai bentuk sumbangan dan sukarelawan. Anda boleh turut membantu!


Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007