KeARAH, HALUANSiswa dan Pemuda HALUAN Sg. Petani Kedah bergabung adakan perlawanan persahabatan futsal

E-mail Print PDF

22 Jun, Sungai Petani – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH,) HALUANSiswa dan Pemuda HALUAN Sungai Petani telah mengadakan perlawanan persahabatan futsal antara anak-anak muda penuntut IPT dan lepasan IPT di Pasaraya Billion, Sungai Petani, Kedah pada hari Isnin 22 Jun 2009. Perlawanan yang diadakan dari jam 9.00 hingga 10.00 malam tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran oleh pemain dan penyokong dari pelbagai lapisan umur.

Antara objektif program ini adalah untuk menghimpun tenaga pemuda HALUAN di daerah Sungai Petani, merapatkan ukhuwah dan dapat kenal-mengenali antara satu sama lain, serta dapat menunaikan hak tubuh badan.

Pengarah perlawanan, En Anas bin Haji Mokhtar, dibantu telah oleh Shafiq Bin Abdul Manaf sebagai penyelaras program serta Ahmad Ikhwan bin Rosli sebagai ketua unit tugas-tugas khas, telah berjaya menggerakkan program ini yang jelas dapat merapatkan ukhuwah di antara anak-anak muda sekitar daerah Sungai Petani, Kedah. Antara peserta yang hadir adalah Anas Abdullah, Umayr Azhar, Izzat Md Dzahir, Hafiz Ramlai, Abu Bashir Sharudin, Shafiq Kashim, Fahmi Faisol, Abdullah Mohd Sofi, Abu ‘Ubaidah, dan ramai lagi.

Menurut En Anas, program-program yang memberi manfaat untuk generasi remaja, belia dan pemuda ini akan diteruskan dan diperbanyakkan. Mereka juga merancang untuk mengadakan perjumpaan bulanan di Simpor, Tikam Batu, serta Rehlah Pemuda di Tikam Batu.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan dan diwarisi oleh barisan pemuda-pemuda akan datang.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007