Keahlian

E-mail Print PDF

Keanggotaan dalam HALUAN terbahagi kepada 2 kategori:

1. Ahli
Individu yang telah mengemukakan permohonan untuk menjadi Ahli dalam HALUAN dan membayar yuran serta telah diluluskan permohonannya oleh pertubuhan selaras dengan peruntukan perlembagaan HALUAN.

Terdapat 3 jenis keahlian seperti berikut:

a. Ahli bersekutu 

  1. Terbuka kepada semua Relawan, dengan dibuat secara bertulis menggunakan borang yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat.
  2. Dicadangkan oleh 2 orang Ahli biasa.
  3. Lulus Program Latihan Relawan.

b. Ahli Biasa 

  1. Terbuka kepada semua Ahli Bersekutu, dengan dibuat secara bertulis menggunakan borang yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat.
  2. Dicadangkan oleh seorang Ahli Jawatankuasa Pusat/Negeri.
  3. Lulus Program Latihan Ahli Bersekutu.

c. Ahli Kehormat

  1. Dilantik oleh Jawatankuasa Pusat dari kalangan individu-individu yang berpengalaman, berpendidikan dan berjasa dalam masyarakat, dari luar HALUAN, yang Jawatankuasa Pusat fikirkan dapat memberi apa-apa sumbangan kepada HALUAN untuk tempoh tertentu.

2. Relawan
Individu yang telah mengemukakan permohonan menjadi Relawan serta telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat setelah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, dan telah melalui mana-mana sistem pendidikan formal di Malaysia atau luar Negara,
  2. Bersedia untuk membantu HALUAN dalam berkhidmat kepada masyarakat melalui aktiviti-aktiviti yang berbentuk pendidikan dan kebajikan,
  3. Menghormati aspirasi Moto HALUAN,
  4. Tidak melakukan amalan atau tingkahlaku yang bertentangan dengan nilai-nilai akhlak yang baik,
  5. Bersedia untuk mengikuti Program Latihan Relawan.

Had penerimaan masuk keanggotaan
Seseorang pelajar universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima sebagai ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor universiti yang berkenaan.

Last Updated ( Monday, 08 June 2009 19:56 )  

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007