Objektif HALUAN Charity Shop (Kedai Amal HALUAN)
- Mendapatkan sumber kewangan HALUAN untuk membiayai aktivitinya melalui penjualan barangan terpakai.
- Membantu golongan berpendapatan rendah, kurang upaya dan pelajar.
- Memberi bantuan segera kepada mangsa kebakaran, kemalangan bencana alam dan lain-lain.
Bagaimana Idea Ini Bermula?
Secara umumnya, setiap orang atau isi rumah mempunyai barang-barang yang tidak diperlukan lagi tetapi masih berkeadaan baik. Namun begitu penyimpanannya memerlukan ruang dan pembuangannya pula adalah suatu pembaziran dan kadangkala melibatkan kos.
Melihat kepada potensi barangan tersebut, usaha-usaha yang tersusun tentunya boleh memberi manfaat kepada masyarakat.
Biro Ekonomi HALUAN telah mengambil inisiatif untuk menyahut cabaran ini bagi menjana pendapatan kepada HALUAN dan seterusnya menyokong usaha murni untuk mendidik dan berbakti dengan menubuhkan HALUAN Charity Shop pada bulan May 2004.
Sekretariat HALUAN Charity Shop
Penaung Pusat : Dr. Abdullah Sudin Abd. Rahman
Penasihat 1 : Ustaz Mohd Darus Senawi
Penasihat 2 : Tuan Hj. Rosli Adam
Urusetia Pusat : Srd. Mohd Razali Maarop
Pengurus HCS : Sdr. Abdul Manas Hussein
Jawatankuasa Bersama : Dr.Ahmad Makinudin Dahlan (YDP HALUAN Selangor.)
Lokasi Kedai
Lot 640 Jalan Mat Raji
41300 Padang Jawa, Shah Aam
Selangor D.E.
Tel: 019-2176106 / 013-3084476 / 019-3668484
Bagaimana Anda Boleh Membantu?
Konsep yang dijalankan ini masih baru di kalangan masyarakat muslim kita. Namun sambutan dan penerimaan masyarakat amat baik, malahan mereka memberi sokongan dan membantu HALUAN.
HCS berfungsi sebagai tempat mengumpul barangan terpakai seperti pakaian, barangan elektrik, perabot, buku dan majalah atau apa sahaja barangan yang masih baik kualitinya. Barangan ini disumbangkan oleh orang ramai.
Di HCS barangan yang diterima akan diproses oleh petugas HALUAN. Proses pemeriksaan barangan perlu bagi memastikan barangan yg disumbangkan masih berada dalam keadaan baik.Kemudian kerja-kerja pembersihan barangan dilakukan seperti membasuh dan menggosok pakaian.
Barangan yang diterima akan di pamer semula di HCS dan dijual dengan harga yang sangat murah antara RM1.00 dan RM50.00, bergantung kepada jenis barangan.
Kaedah Mengutip Barangan
Peti sumbangan “DONATION BIN” HALUAN ada diletakkan di kawasan yang strategik. Di Shah Alam, HALUAN mendapat kerjasama yang amat baik dari pihak pengurusan masjid, badan-badan kerajaan khususnya Kementerian Perumahan & Alam Sekitar Selangor kerana membenarkan peti sumbangan barangan HALUAN ini diletakkan di kawasan mereka.
Melalui telefon dari orang ramai yang mendapat maklumat dari risalah yang diedarkan. Petugas HALUAN akan datang ambil sendiri barangan yang hendak diberikan oleh orang ramai dari rumah mereka jika barangan itu sangat banyak.
Bagaimana HCS Menyumbang Kepada Masyarakat?
Sebagai satu kaedah mengurangkan masalah pembuangan barangan terpakai.
Sebahagian sumbangan barangan yang masih baik, HALUAN hadiahkan pula kepada pihak-pihak yang memerlukan.
HALUAN telah mengadakan program kebajikan dan pendidikan yang tidak berteraskan keuntungan sebaliknya bertujuan untuk berbakti dan mendidik.










