Kelab Siswa HALUAN

E-mail Print PDF

Pengenalan
Kelab Siswa Haluan (HaluanSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN.

Motto
"Bersahsiah, Dekat & Bererti"

Visi
HaluanSiswa  bertekad  untuk  melahirkan  mahasiswa  yang  mapan  aqidahnya,  cemerlang akademiknya,  mulia peribadinya & cakna persekitarannya.

Misi 

  • Menjadikan HaluanSiswa sebagai organisasi mahasiswa yang Rabbaniyyah.
  • Menyediakan  pendidikan  terancang  bagi membangunkan mahasiswa  yang alim, bermanfaat lagi mujahid. 
  • Membentuk mahasiswa teladan yang dapat memenuhi tuntutan intelektual. 
  • Memperkukuh  dan  memperluas  hubungan  dengan  pendukung  dakwah  kampus di institusi-institusi pengajian tinggi. 
  • Menyediakan  wacana  pendidikan  yang  terancang  bagi  menumbuhkan  kepekaan terhadap keperluan mahasiswa dan masyarakat sekitarnya. 

Aktiviti
Antara aktiviti yang menjadi fokus HaluanSiswa termasuklah:

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH 
1. Brotherhood Camp
2. Kolokium HaluanSiswa Nasional
3. Program Qiamullail Berkala

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
1. Hijrah Menara Gading
2. Seminar Kesejahteraan Mahasiswa(SKEMA)

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN
1. Seminar Kepimpinan HaluanSiswa
2. Bengkel Perancangan Strategik

PROGRAM PEMANTAPAN JASMANI
1. Rekreasi HaluanSiswa Nasional
2. Perkhemahan HaluanSiswa Nasional
3. Karnival Sukan Inter IPT


Organisasi
Pengerusi: Sdr Solehuddin Bin Shuib
Naib Pengerusi: Ust Wan Mohd Nahar Bin Othman
Setiausaha: Ust Muhammad Muzakkir Bin Che Ani

Keahlian
Keahlian HALUANsiswa adalah terbuka kepada semua mahasiswa/i di institut pengajian tinggi di dalam dan di luar Negara.

 

Kelab Kesihatan HALUAN

Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab HALUAN Fitrah

Kelab Siswa HALUAN

HALUANSISWA

Kelab Remaja HALUAN

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

 

Kelab Guru HALUAN

Kelab Guru HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

Pusat Jagaan HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

PEMANGKIN HALUAN

Misi Bantuan Banjir 2007

Laporan Misi Bantuan Banjir 2007